Thursday, 8 January 2015

Nota Aku: 7 Perkara Penting Bina Rumah Sendiri

Salamz All,

2015 tahun GAWAT!..
Rata rata mesej yang aku dapat memang menekankan isu ekonomi negara yang agak malap pada tahun ini. Beberapa point penting yang boleh dihadam:

  • kejatuhan nilai ringgit berbanding dollar -kalau makin jatuh memang parah rakyat
  • tahun ni jangan berbelanja 'lebih', sebaliknya SIMPAN lebih (aku dah buka #2015tahunmenyimpan
  • nilai duit kertas vs logam emas -> kadar perbandingan 'nilai' kedua duanya dari dulu hingga sekarang..sila pikirkan
  • dari sifu hartanah juga meramalkan pasaran suram pada tahun ni, ditambah dengan BLR bank negara yang naik pada tahun ini. maknanya segala bentuk pinjaman bank tahun ni akan berlipat tinggi interestnya (solution = elakkan membuat pinjaman pada tahun ini)
  • again, tahun ni better MENYIMPAN.. bagi yang plan nak beli rumah sekurang2nya boleh simpan untuk deposit..

Memandangkan minat aku dalam bidang hartanah ni, niat nak tambah prop tahun ni kena KIV dulu. So layan cari info tambahan. Kali ni dapat yang ni dari blog buat-rumah. So simpan untuk panduan di masa depan.. huk!



7 Perkara Penting Bina Rumah Sendiri 



1. Geran Tanah
Yang ni wajib ada.  Geran perlu disediakan untuk mengenal pasti status tanah tersebut sama ada pegangan bebas/pajakan/ rizab melayu. Kategori tanah contohnya; pertanian/bangunan/komersial. Selain itu, anda juga perlu memastikan tiada apa-apa sekatan kepentingan dalam geran tersebut. Jika terdapat sekatan kepentingan contohnya tanah tersebut adalah untuk kegunaan dusun, dalam hal ini, anda perlu menggunakan khidmat peguam untuk menukar status tanah berkenaan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri. Keluasan tanah juga perlu diambilkira dalam menentukan saiz kediaman baru anda. Sebagai contoh, bagi tanah yang mempunyai saiz bukaan kecil iaitu lebar 50 kaki dan panjang 60 kaki. Maka, lebar dan panjang bangunan tersebut adalah 30 kaki X 30 kaki.


2. Cukai Tanah
Pastikan bayar setiap tahun. Ada kes cukai tanah yang tertunggak bertahun-tahun sampai anak dah masuk darjah 1. Kalau pejabat tanah tu jadi macam agensi swasta, alamat tak berhartalah jawabnya.


3. Pelan Lakaran Rumah
Tak payah lukis cun-melecun. Asal nampak susun atur dan saiz ukuran pun jadilah. Lazimnya, arkitek akan kasi beberapa 'sample' sebagai rujukan pelanggan.


4. Keadaan Tanah
Kalau kawasan tu semak samun, owner perlu membersihkan sendiri tanah dengan duit poket sendiri. Kontraktor cuma sediakan rumah sahaja. Kalau tanah tu jenis tanah tambun, perlu nyatakan bila tanah tu ditambun. Biasanya, 5-6 tahun ke atas selepas tambun tak perlu kerja-kerja cerucuk (piling).


5. Persekitaran Kawasan
Perlu nyatakan kemudahan yang terdapat di kawasan tersebut seperti bekalan air dan elektrik, sistem saliran, kedai, masjid dan sebagainya. 


6. Spesifikasi
Tak ramai pelanggan yang bertanya bab ni. Untuk nampak lebih 'pro', soalan mengenai spesifikasi mesti ditanya kepada kontraktor. Ramai di antara pelanggan merungut pasal spesifikasi yang mungkin 'tak padan' dengan bajet mereka. Akibatnya, wujud konflik antara kontraktor dan pelanggan. 


7. Bajet Kewangan
Perlu ambil perhatian bahawa bajet akan menentukan rupa rekabentuk dan spesifikasi rumah anda. Biasanya, arkitek/kontraktor akan membuat anggaran harga berdasarkan keluasan sesebuah rumah. 





Yang ni info tentang rumah cepat siap.. bukan bina rumah tradisional pakai bata & simen tu..ni teknologi pasang siap (IBS). Info kat bawah ni di cilok pinjam dari laman Proprimas


RUMAH PASANG SIAP


Apa itu IBS

Sistem Bangunan Berindustri (IBS) merupakan sistem pembinaan yang menggunakan komponen – komponen prasiap yang disediakan di kilang, boleh diangkat dan dipasang secara berjentera atau manual dengan usaha tambahan buruh yang minima di tapak bina. Tidak dinafikan lagi, IBS mampu untuk menjadikan industri pembinaan negara seiring kearah persaingan globalisasi dengan produktiviti, kualiti dan keselamatan yang lebih baik



Kelebihan Produk IBS
  • Penggunaan Teknologi terbaru tanpa menggunakan paku, pasir, batu, kayu dan bata simen.
  • Menggunakan struktur besi dan kepingan ’cement board’, serta diskrukan di antara kepingan ’cement board’ dan besi struktur.
  • Harga bagi setiap unit hanya RM 78,000 dengan keluasan 823 kaki persegi ( Bergantung pada kedudukan tanah).
  • Sistem ini cepat hanya memakan masa hanya 1 bulan
  • Berkualiti serta cantik dipandang
  • Kukuh serta sejuk untuk didiami.


Sepuluh elemen yang terdapat pada rumah teknologi IBS :-
  • Mengelak daripada pemusnahan anai-anai
  • Kalis Api
  • Kalis Air
  • Kalis Cuaca
  • Mesra Alam
  • Kuat dan Kukuh
  • Mudah untuk pengubahsuaian
  • Kerja-kerja penyelenggaraan mudah
  • IBS lebih pantas dan menjimatkan
  • Menjimatkan tempoh pembinaan


SYarikat Bumiputera dgn teknologi IBS:

PROPRIMAS HOLDINGS SDN BHD
No 2, Tingkat 2, Ruang Niaga Masjid Daerah Sultan Idris II,
Jalan Sekolah, 36000 Teluk Intan
Perak Darul Ridzuan
H/P : 017-943 8546 / 0111-813 0385
Fax : 05-621 5410
Facebook : proprimas perak 


Yang ni contoh pembinaan rumah IBS. Macam sangat like buat rumah macam ni.. mudah dah semat je tengok dlm grafik (klu tengok real mesti kwsan bersepah kan?.. :P )




@weksupermen2015


Tuesday, 30 December 2014

Agenda Dua Ribu Limablas



TERIMA KASIH ALLAH
Kau beri apa yang aku perlu, lebih dari yang di minta
Kau beri aku sedikit sakit tetapi lebih banyak sihat
Kau beri aku sedikit kaya tetapi lebih banyak senang
Kau beri aku sedikit ujian tetapi lebih banyak kesenangan
Kau beri aku sedikit sahabat, tetapi lebih banyak saudara
Kau beri aku segala apa yang aku ada dari segala apa yang aku mahu
TERIMA KASIH ALLAH


" Inna solatiwanusuki, wamahyaya, wamamati, Lillahirabbil 'alamin " (alAn'aam (6):162)

Agenda.Dua.Ribu.Limablas

AGENDA DUA 
Aku berazam untuk tingkatkan taraf diri aku dalam DUA bidang ilmu. Ilmu duniawi dan ukhrawi. Bagi ilmu duniawi (yang tak habis2), aku nak tingkatkan kekayaan aku ke tahap bebas hutang (masih dok belajar cemana nak jadi kaya nih). Ni memang aku dah start plan 2, 3 tahun lepas. Dengan Izin Allah, semoga usaha aku boleh tercapai sebelum aku bersara pada usia 40. Kalau tak sampai target kena extend pencen 45. Tak cuba tak jadi. Dah usaha baru tau. Nak seribu daya. Aku nak try cuba. 

Dari apa yang aku study, ada beberapa plan untuk gandakan kekayaan. Selain dari simpanan, perlu tambah pelaburan. Yang ni aku akan cuba ulas detail nanti (yang entah bila). Doakan semoga aku rajin nak share bab ni. Ada juga azam aku nak share prinsip urus duit ni dengan adik bradik aku. Cuma rajin ngan tak rajin + sempat ngan tak sempat je ni (al-maklonglah! maklong jugak yang salah).. huh!..

Untuk ilmu ukhrawi ni, aku target nak khatam tafsir, dari juzuk satu sampai habis tahun (tak tau sampai juzuk brapa..tapi aku target nak baca dari Fatihah hingga AnNas la). Yang ni boleh buat pelan pelan kat rumah / opis. Kalau pepagi sebelum PC loading tu boleh jugak baca tafsir sehelai dua ye dok?

Aku jugak plan nak join kelas tajwid kat sejid putra tu. Dah azam 2,3 tahun lepas lagi. Tapi tak tersampai. Banyak nau rintangannya (padahal rintangan satu kat hati ja..nak @ taknak!).. sighhhh!...


AGENDA RIBU
Hah!.. sentap la kan kalau azam nak target simpanan ribu ribu by hujung tahun depan. Ok fine..better letak target.. hmmm... ok..by Januari 2016 aku nak ada cash dalam sepuluh ribu. ok tak.. erkk.. macam sikit sangat.. aku up jadi dua puluh ribu cash. so, aku nak try simpan sampai dapat. Nanti januari 2016 aku print baki buku akaun aku... hahahaha... (baru tercabar sikit).


AGENDA LIMABLAS
Last but not least, lagi limablas agenda 2015 aku adalah:
  1. jadi insan yang terbaik pada agama aku, persekitaran aku dan masyarakat sekeliling aku
  2. jadi anak yang terbaik pada mak dan arwah abah aku, isteri yang terbaik pada suami aku, adik dan kakak yang terbaik pada kakak dan adik aku
  3. insyaAllah, moga dapat buat umrah dengan famili aku
  4. perbanyakkan amal jariah aku
  5. dah lama aku tak join program volunteer, start tahun depan aku harap ada masa aku untuk program program amal ni
  6. study lagi ilmu ilmu duniawi dan ukhrawi 
  7. aku macam ada plan nak buat bisnes pulak. mungkin bekal untuk aku bersara awal. so nak kena study bisnes apa yang aku boleh sangkut (dah ada 2-3 bisnes plan ni, tahun depan nak kena mantapkan ilmu je lagi)
  8. nak buat reunion budak2 old sekul. 
  9. nak anjurkan contest famili lagi sekali. dulu dah buat weightloss challenge. dok pikir nak buat contest baru ke nak buat season 2 weightloss challenge. nanti aku buat rapat umum..huhu
  10. kat opis ni aku pon xtau apa agenda aku untuk tahun depan, yang dok nampak aku nak pencen by 40. jadi keje aku dah less priority sekarang. moga aku dapat hidayah untuk jadi pekeje cemerlang sampai aku pencen. 
  11. dah tentu aku nak tambah beli lagi satu property. kalau ada sen sen lebih aku nak beli tanah jugak
  12. oh lupa plan bisnes petani moden ngan adik badik aku ni. niat aku nak buka ladang kelapa/nyiok (sound mcm ayat buku sangat) ok..plan aku nak tanam pokok nyiok ja kat tanah pusaka kat kampung aku tu, kengdian supply nyok kat kedai santan. doakan kami!
  13. teringin nak belajar forex. tapi nak kena study dulu hukum hakamnya. ramai yang kaya dengan forex (yang lingkup pon ramai :P) klu boleh kaya ngan forex ni boleh byr hutang hutang bank pastu blh hidup bebas hutang..kan??
  14. nak update blog bila rajin... 
  15. last but not least, agenda rombongan cik kiah ke manalah pulak. dari perbincangan rambang antara port landing 2015 adalah:

    • Rafting kat mana mana sungai (aku dah pilih kampar sbb dekat)
    • Islanding (baca ai-lending) kat tioman
    • singapore aku datang (tour asean punya agenda)
    • brunei (untuk yang terpilih saja... hahaha..esp.yang xdak luggage..cut kos)
    • Langkawi adalah port re-trip.. tahun lepas macam tak pi.. tahun2 sebelum ni dah mcm wajib je langkawi tu :P
    • mana lagi ye port kat mesia yang xpnh sampai?.. nanti kena gugel lg
    • itu je.. jgn banyak banyak port..nanti kos meningkat. lagipon tahun depan kan dah diistihar tahun menyimpan :P





@weksupermen31dis2104


Wednesday, 24 December 2014

Buku Baru 2015

Salamz All,

Dah di penghujung tahun.
Alhamdulillah.. syukur pada Allah SWT di atas segala pinjamanNya pada aku. Jasad, roh, jiwa, akal, hati, rasa, keluarga, harta denda, kengkawan. 

2014 akan di tutup buku kira-kira. 
Pada aku, secara pukul rata, perjalanan kehidupan aku tahun ini lebih sukses dari tahun sebelumnya. Apa yang aku rancang, Alhamdulillah ada hasil. Biar naik setakut setakut, bukan mendatar atau lebih teruk menurun.

InsyaAllah perancangan untuk 2015 juga sudah siap dirangka. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan semua urusan. Amin...


Dek kerana malas nk menaip, aku kopi gambar je yang dah siap update kat fb. 
Baca bagi paham. 
Dah paham, ingat.
Dah ingat, amal


 

 

 
Kepada yang empunya tulisan, terima kasih. Aku kopi tulisan kamu sebab ada impak lepas aku baca, dan aku nak buat reminder untuk diri aku juga untuk perancangan hidup aku tahun depan. Trima kasih ganda23! (ps: kalau nak kredit, pm tepi).


@weksupermen2014

Monday, 8 December 2014

Nota Untuk Aku

Salam to all,

Dah lama tak masuk blog sebab MALAS ya amat!. Password LUPA satu hal, nak recover password, emel yang digunakan pon dah  LUPA. pangsan ganda23!. malas + lupa + lupa = sungguh tragis!..

Memandangkan hari ni nampak sangat macam takde keje, plus fb pon xde update terkini, wassaps pon belum rancak, telegram je dok masuk mesej merapu... so biarlah aku layan blog brabuk ni pulak.
Bukan apa, terlintas nak masuk blog ni sebab nak catatkan Nota Untuk Aku. Kurang kurang nanti aku pencen ada rekod apa aku buat untuk bangsa agama dan negara... (wah!..sangat poyo punya ayat!)..

Hari ini punya update:

1. Hari ni di bulan Disember 2014, makna kata dah lebih 1 tahun aku tak update. Jadi nota jugak untuk aku supaya tahun depan aku update bulan disember lagi.

2. Masuk bulan ni dah lebih setahun aku keje di tempat baru (rujuk entry sebelum ni) rupanya last update blog ni masa aku mula masuk kat opis baru ni. Nampak sgt kededikasian aku di opis baru. Nota untuk aku: aku prefer environmnet opis lama lagi.

3. Masuk bulan ni jugak aku dah pindah dok kuarters dekat setahun lebih la jugak sebab sebulan lepas aku masuk opis baru, aku apply dan dapat kuarters.

4. Masuk bulan ni jugak aku dah setahun lebih hidup berdua di kuarters dari bersorang di rumah sewa sebelum ni. Belum bertiga berempat dan berlima.


Tahun 2014 punya update:


Memandangkan sepanjang 2014 aku tak update sikit habuk, aku buat rumusan je sepanjang 4 ela kain untuk rujukan aku masa pencen nanti.


Azam
Kalau ikut nota aku tahun lepas, azam aku banyak port jalan yang aku list kat situ yang hampir separuhnya dah capai target. So perlukah aku remain baki yang belum je atau tambah list lagi.. hahahaa.... so jom tengok list travelog aku seperti di bawah;


Trip Adik Bradik
Sepanjang 2013 dan 2014 aku sempat berjoli kodok ke pat lima sepuluh lokasi je, antaranya:

  • BerATV di Kalumpang  -Sep13
  • Meronda di Langkawi (bedua je lyn tiket flight free :p) - Okt13
  • Melangkau sempadan di Vietnam (yg ni p ngan mak aku je: melepas hajat) -Nov13
  • Menjanda Baik di Genting juga - Nov13
  • Berlumut di Pangkor - Dis13
  • Menyalang di Sarawak (apply kursus dpt jalan berdua :P) -Feb14
  • MemPD lajak ke Melaka -Mac14
  • MemBALI berdua atas tiket free lagi :p -Apr14
  • Konvoi Krabi, Siam -Mei14
  • MemBandung lagi sekali -Ogos14
  • Rombongan CikKiah ke Felda Maokil -Okt14
  • Penutup di Incheon dengan tiket free hokey -Dis14

Chennel Baru
Bukan beli handbang baru..chennel tu merujuk kepada sumber baru. Disebabkan limit loan dah tercapai, maka tahun ni memang x boleh nak menambah 'hutang baik' lagi. Disebabkan itu tergatal lak tangan dok merayau rayau tengok apa lagi yang orang lain dah buat yang aku belum buat untuk depa jadi kaya dan aku boleh jana sen masuk tabung kebajikan peronda aku tu. 

Tup tup terjumpa lak satu sumber yang macam best jugak yang diperkenalkan oleh adik aku -berjual beli emas. Sebelum ni aku cuma bukak buku dan beli emas je. Tapi adik aku dah perkenalkan urusan jual-beli pulak maka aku pon menjoinkan diri. So far so good, wpon main dalam value yang kecik je, dapat income 2k sebulan (melalui 3 program yang aku join) kira lepas la untuk support next trip... huhuhu

Sumber Tabung Yang Lain
Dan lagi satu sumber yang aku baru start bulan 8 hari tu, aku convert rumah yang aku duduk sebelum aku apply kuarters tu jadi homestay. Dengan konfiden mengecat menghias menambah barang untuk convert ke homestay..last last jadi juga dan boleh add on kepada tabung kebajikan peronda cikkiah dan rombongannya. Alhamdulillah..taun depan punya trip dah masuk kalenda... huhuhuu...


Blanja post skit *wink*

Felda Maokil-PD

Bandung

ATV Kalumpang

AO-Nang Krabi

Pangkor

Ho Chi Minh





Wednesday, 17 April 2013

Slamat Ehem..Ehem..Baru

Salamz all,

Nak kata baru memang tak baru sangatlah..tapi bersempena tahun baru 2013 pon masih di suku tahunan, kira baru gak le kan?..

Well, baru ada ruang dalam kepala nak menconteng conteng di muka maya ni..dan ada isi le juga nak hapdet sepanjang (dan segemuk) 4 bulan di tahun baru ni.. well, macam yang dimaklumkan dalam entry yang lepas lepas, gue skarang dah berkhidmat di tempat baru.. (yeyyyyyyy!)... sebenarnya xde la syiok sangat kat sini sebab buat keje yg gue xtahu buat..so, byk le nak kena study (ngalahkan nak hambik spm kekdahnya).. tp, memangdangkan gue ada pembantu yang sangat use-able (hehe) dan bos pon sangat memahami 'kejangokkan' gue dengan tugas baru ni, so gue rasa 'sihat dan selamat' di sini... huhuhu..

Kad Staff (tp rawatan xde spesel ye)..huhuu


Hmm..memandangkan gue dah berpindah tempat keje baru, so gue pon verangan-rangan nak memindah ke tempat tinggal baru juga..(dengan berat hati, sbb duduk di tempat skrg adalah sangat best dengan kemudahan keliling pinggang)... cuma yang menjadi pemberatnya pasal trafik jem yang menjadi jadi sejak dua menjak ni, menyesakkan minda je..sob..sob... (lagi satu sebab sewa rmh skrg adalah sangat dibawah taraf kekayaan yang dimiliki)..huhu

Dipendekkan cerita, sekali apply, terdapatlah pulak.. adehhhh.. opss!..Alhamdulillah..rezeki :) perkara ini memundar mandirkan pemikiran gue sama ada nak berpindah atau tidak.. kalau fikir pasal bajet yang bakal melonjak..huh!..sanggup lagi bangun awal membelah sunyi pagi.. tetapi.. bila difikirkan ayat ayat cenggini "wahhh!..untung arr dpt dok kuarters".. pastu "perrgghhh...skali mintak je terus dapat!"... pastu..."..bila nak buat openhaus..".. pastu... dan lagi dan lagi.. so gue rasa gue mungkin akan turut berubah krusi DUN dalam masa yang terdekat ni... :) Ya Allah!..permudahkanlah segala urusanku...


Ye..kami..bukan worang lain..tp kami... :)


Dipanjangkan lagi story gue yang never ending ni, ikutkan hati banyak yang naik menaip, sbb banyak lagi perkara perkara baru yang memperbaharui hidup gue pada tahun ini..(Alhamdulillah)..antaranya (kecuali 1):


  • Roadtax & insuran kete gue dah diperBAHARUi... yeyyy.. -semua pakai online je
  • Lesen kete pon baru di perBAHARUi selepas BARU check weekend lepas. walhal balik kg baru ni lesen dah mati rupanya..Innalillah...
  • Rege mas tengah turun skrg ni (gara gara PRU gamaknya), jadi gue telah membeli gelang dan rantai baru... yeeyyyyy!!...(tunjuk skit, tunjuk skit!..).. tadaaaaaa... (sambil buat gaya mami jarum x cukup jarum!)
  • oh!sebut pasal PRU, calon parlimen gue pon dah orang baru... hmmm... DUN xpasti.. (blom check)
  • oh!..ada lagi benda baru yang gue beli sempene menyambut umo BARU gue pada tahun ni... yeyyyy!
  • mereka adalah......... hp baru, hb baru, jam baru... yeaayeahhhhh!... (over!)..  sbnrnya gue beli hadiah utk diri sendiri je, sbb xde sape nak belikan pon...:( sob..sob....
  • oh!..apartment yang gue usha usha tu dah siap jd milikan.. yeyyyy!... (tp sbnrnya loan yg bertambah) sob..sob.. lepas ni nak renovate skit rumah tu, pastu buat sewa je (nak cover loan bank le katakan).. Alhamdulillah.. rezeki Allah... (dengan mod insaf, harap-harap xde la terbeli lagi utk tahun ni).. sob..sob..
itu je kot (yang teringat).. yang dah lupa tu nanti nantilah update jika rajin.. perkara yang 1 tu nnti gue hapdet dalam entry khas 'apo kono eh jang' tajuk dia... hahahahahaa...


@aweksupermen2013


Tuesday, 26 March 2013

Terjebak..

Salamz,

Lama terr nak hapdet nih... 
Mak bizi-bodi nyah!...

Hari ni baru ada mood nak mencoret sebab nak kawal emosi terr.. serius-ly.. sejak dua menjak ni nak kata bizi tak la sangat..cuma bila ada orang-orang yang perlu bizi, jadi termpiasnya terkena le jugak kepada gue..

Dipendekkan cerita...Alhamdulillah.. satu lagi pojet suam-suam air kosong telah berjaya dilaksanakan (dlm 90% baru)..tapi.... grrrrr.... perasaan bercampur baur sebenarnya sebab ikut kirinya dah xnak terjebak lagi dalam pojet beli-belian nih..tapi bila ikut ke kanannya.. opkos la ada pulangan untuk masa depan nanti...

Diflashbackkan cerita, memang gue ada hajat nak memprojek suam-suam kuku dalam bidang hartanah ni setakat lima ketul je (menjelang sebelum persaraan).. hakikatnya..gue tinggal lagi 1 quota je lagi untuk mencapai hajat tu, tetapi pada masa yang sama, rasa ralat jugak sebab mencapai target telalu awal, menyebabkan pojet-pojet lain terpaksa ditahan air liur je...

 Walau bagaimanapun... gue harap pencarian dan belian-belian dapat dibekukan pada tahun ini sebab tabung pun dah mencecah 50% baki gaji deknon.. hahahaa... bila tengok slip gaji tu, kolum kanan lebih panjang dari kolum kiri...(maknanya utang lg byk senarai dari senarai yg masuk)... jadi, harap-harahapnya, tahun ni tak terbelilah lagi.... sob..sob... (tapi hari hari yang xde banyak keje ni asik dok bukak laman juai-beli je......)... oh!tidakkkkkkkk....katakan taknak!...

Disingkatkan cerita lagi... dalam kepala minda ni ada pojet baru yang tengah bertakung.. gue ingat nak mula pojet baru ni pada tahun ni.. kita tengok entahkan jadi entahkan idak by end of tahun ni...



Akhir pena... jom layan lagu (mcm biasa).. :)


Selamat tinggal (Broery Marantika) ...

ijinkan aku pergi
apa lagi yang engkau tangisi
semogalah penggantiku
dapat lebih mengerti hatimu

memang berat kurasa
meninggalkan kasih yang kucinta
namun bagaimana lagi
semuanya harus kujalani

selamat tinggal
kudoakan kau selalu bahagia
hanya pesanku
jangan lupa kirimkan kabarmu

bila suatu hari
dia membuat kecewa di hati
batin ini takkan rela
mendengarmu hidup menderita


@weksupermen2013

Thursday, 14 March 2013

Akhirnya...kini pasti...

Salamz,

dulu.. masa sebelum sekarang... gue hantarkan yang ini...






tapi itu dulu....

sekarang....gue terima yang ni......




jadi.. TERIMALAH HAKIKAT.....



@weksupermen2013