Tuesday, 26 May 2015

Selangkah Menuju Persaraan

Salamz all,


Aku rasa aku dah 90% ready nak membersarakan diri dari kerja di ofis. Sebenarnya aku nak galakkan kepada semua suri suri opis untuk letak target bersara lebih awal dalam kerjaya 'makan gaji' dan menjadi suri rumah le pulak. Reason aku:

Pertama:
Aku kerja untuk cari rezeki (of course) dan pengalaman jugak. Bagi aku, umo 40 adalah waktu yang sesuai untuk orang pompuan stop kerja 'makan gaji'. Kalau dipukul rata, kurang lebih tempoh khidmat tu dalam 15-20 tahun. Bagi aku dah cukup panjang tu.

Cuba recap semula:
Membesar: 1 - 6 tahun
Belajar: 7 - 23 tahun
Kerjaya: 24 - 40 tahun

Dan bagi aku the rest -kita perlu menikmati & menjalani hidup sebagai Hamba, Khalifah, Anak, Isteri, Ibu, Nenek (enjoy every moment). Hidup kita didunia ni sebenarnya tak lama mana. Dunia pula tempat tinggal sementara saja.. yang kekalnya di dunia selepas itu. Jadi, aku rasa kalau hayat aku ditakdirkan sampai 70 tahun, aku hanya ada 30 tahun sj lagi untuk menambah dan mengumpul 'saham' akhirat.. 30 tahun banyak ke saham yang dapat? sekarang dah lebih 30 tahun aku baligh (tak masuk umo budak/baby).. rasanya 'pahala' aku klu nak diukur tinggi rumput karpet pon belum tentu.. Nauzubillah...

Itu kalau sampai 70.. kalau kurang dari itu?... kalau lebih pon sampai 100 tahun Allah bagi aku hidup.. masih mampukah aku nak 'bekhadam' pada usia 70? 80?... melainkan Allah pinjamkan aku jasad dan spirit yang masih gah pada usia itu (mcm Tun M).. beruntung dia.. masih gagah menabur khidmat pada usia sebegitu.

Kedua:
Pada aku setelah bekeluarga dan bagi yang ada anak tu, mesti anak-anak pon dah membesar (ya mmg keperluan mereka makin tinggi). Jadi keperluan mereka ini patutnya telah disediakan/difikirkan seawal hari pertama si ibu dapat berita yang korang bakal dapat baby. So, bila dia dah besar nak masuk U, korang dah ada simpanan untuk pengajian dia. Dan korang pon dah boleh bersara dengan tenang

Ketiga:
Kalau korang yang bersuami (walau apapon pekerjaannya), mungkin dlm 10 tahun berkerja & bekeluarga, kedudukan si suami kat ofis sudah boleh dikatakan stabil. Patutnya dan berubah pangkat & gaji (kalau dari awal masuk ko dok statik je jawatan yang sama dgn gaji yang naik seposen dua je.. aku rasa amat pelik orang yang bekerja tanpa kisahkan benda ni). Jadi sepatutnya si suami juga dah ada plan nak menstabilkan kewangan keluarga dia. So, kalau isteri nak berhenti keje sepatutnya dia lebih bersyukur sebab isteri boleh jaga dia dan keluarga secara sepenuh masa.


Antara persediaan yang aku buat sebelum aku confirm nak bersara awal:

  1. Set target umur berapa nak bersara (yg ni kena sedar lebih awal). Kalau tahun ni baru sedar nak bersara tahun depan, baik ko xpayah bersara sampai majikan bagi surat halau ko balik dok rumah
  2. Cari rujukan untuk persediaan. Catat apa yang perlu ada apa yang tak perlu sebelum korang berniat untuk bersara
  3. Pastikan korang dah ada banyak tabung dengan isinya pon banyak. Ada yang kata kena ada min 6 bulan korang nyer gaji.. aku sebab dah plan awal aku target ada cash dari simpanan sendiri beberapa ketul (bukan nak tunggu harap duit seketui dari majikan masa hari last ko keje je atau kwsp)
  4. Pastikan juga harta harta korang juga bersepah (harta dalam bentuk aset ye.. bukan koleksi botol minyak wangi..henbeg, kasut, tudung liplap bagai)... -yg paling mudah rumah/tanah/emas.. so mulalah menyimpan 'harta harta' ni lebih awal.
  5. Hutang hutang korang yang bersepah tu silalah cuci sebelum bersara. Ini gunanya ada harta bersepah sebelum bersara. Agak tak sempat nak clearkan hutang piutang sebelum hari bersara, guna harta yang bersepah tu, gadai dan bayar hutang. Biar korang tinggal sekupang tapi pencen takde hutang keliling pinggang (pandai la en.somi nak bagi makan, dan korang lak jgn banyak komen nak makan sedap memanjang!)
  6. Untuk lebih advance, korang juga boleh plan apa xtvt yang korang nak buat lepas bersara nanti. Sama ada nak jadi suri rumah sepenuh masa (yg pasti kompom akan boring lepas sebulan dok kat rumah). Kalau rajin explore, boleh buat bisnes online je lepas bersara. Selain boleh dapat 'kawan' baru/custemer, korang juga boleh dapat income. Dan juga boleh keluar rumah ambik stok (dari dok terperap kat rumah je 30 tahun lepas bersara). #matikatak
  7. Kalau yang ada simpanan terover banyak giler tu (sbb en.somi ko pon kayo rayo) aku cadangkan korang buat plan pusing satu dunia tengok tempat orang.. kompom puas hati..mati pon senyum je. Tapi dengan syarat amal dan ibadah tak tinggal, malah lebih byk masa untuk jana amal ibadah masa pencen sebenarnya.
Aku pernah baca baru ni (bacaan tambahan), klu dulu kita x cukup duit, kita belajar urus duit dengan cara kita simpan dulu, baru belanja. lama lama boleh jadi habit dan kita berjaya untuk buat simpanan dan hidup lebih senang. Baru baru ni aku dapat ilmu baru, kalau dulu kita sanggup korban dan bagi masa untuk semua perkara yang kita nak buat, smpai kita lupa masa kita dengan Tuhan (sbb tu la subuh pon 645, zohor 3ptg asar jam 6, magrib 10 minit sebelum isya).. jadi lepas ni boleh cuba kaedah ni pulak. Kita dulukan masa kita dengan Allah, yang lain lain tu baru bagi masa untuk kita dengan orang lain, dengan keluarga, kawan-kawan, jiran dan seumpannya. Apamacham??.. ada brani try?

Jom cuba try test. Tak try tak jadi.
dah try menjadi jadi.. InsyaAllah...


@weksupermen2015



Monday, 2 March 2015

Surah penghibur Nabi Muhammad

AL-KAUTSAR




Surah Al-Kautsar adalah surah yang ke 108 di dalam Al Quran yang bererti kebaikan/nikmat yang banyak. Ia dinamakan Al-Kautsar kerana Allah SWT telah mengurniakan kepada Nabi Muhammad SAW kebaikan yang banyak di dunia dan akhirat. Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.


Fadilatnya:-

1. Sesiapa membaca Surah Al-Kautsar, maka Allah akan memberinya minuman dari sungai di syurga.

2. Baca 1000 kali, Allah SWT akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkatnya.

3. Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini 7 kali semasa dalam keadaan ketakutan, maka Allah SWT akan memberikan perlindungan terhadapnya.

4. Memperkuat pandangan mata dan menghilangkan penyakit mata seperti berair, gatal, bengkak. Baca surah ini sebanyak 10x pada air yang dicampur dengan bunga mawar, disapukan pada mata setiap hari.

5. Al Imam At Tamimi menerangkan bahawa siapa yang sering membaca surah ini akan menjadi lunak hatinya, khusyuk hatinya dan tetap hatinya melakukan taat kepada Tuhan.

6. Apabila dibaca 100 kali ketika turun hujan, lalu berdoa dengan doa apa saja dari urusan dunia dan akhiratnya, maka doanya akan segera ditunaikan.

7. Barangsiapa yang membacanya setiap 7 kali pada mata air yang terhenti airnya, atau yang sedikit keluarnya, maka air itu akan melimpah keluar.

8. Baca 1000 kali untuk menghasilkan seribu satu hajat, teristimewa dalam urusan rezeki, harta, menuntut pangkat dan jabatan, serta maksud-maksud yang mengandungi unsur kebaikan, maka maksudnya akan ditunaikan.

9. Jika rumah dipercayai terkena sihir, bacalah surah ini 10 kali, mudah-mudahan Allah SWT beri ilham pada kita dimana letaknya sihir itu. Sebaik-baiknya usaha untuk mencari tempat sihir dan buangnya. Ayat ini khas untuk mencari tempat sihir.

10. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah SWT akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi telah dizalimi.

11. Membacanya sebanyak 7 kali pada waktu hendak tidur, maka Allah membangunkannya pada waktu dan jam berapa yang dikehendaki.


12. Siapa yang membacanya 7 kali ketika dalam ketakutan di mana saja berada, akan dilindungi Allah kebajikannya.



Sunday, 22 February 2015

Fenomena Balik Kampung

Salamz,

Baru selesai cuti panjang sempena sambutan TBC..yang kebetulan jatuh pada hari kerja dan disambung pula dengan hujung minggu. Sana sini sesak.. jeng kreng!..


Tahun ini fenomena luar biasa berlaku berbanding dengan tahun tahun sebelumnya. Hatta pakcik driver teksi di pekan kuah juga kaget terlalu ramai umat yang masuk ke pulau itu sejak hari rabu lagi. Memang lubuk duit untuk para peniaga. 

Suasana di kebanyakkan tempat liburan rata rata sangat hapening dengan pengunjung, hatta di pengkalan kubur yang baru usai air bah. Pemborongan luar biasa.

Aku dan famili pada awalnya merancang ke negeri pulau mutiara. Setelah lama tak menjejak kaki ke sana, jambatan kedua pon belum merasa. Dalam plan lokasi padang kota, nasik kandaq beratoq, pasembor dah tersenarai. Tetapi akibat sedikit lewat, kebanyakkan hotel under bajet telah penuh. Yang ada hotel berbintang bintang. Frust le jugak. Tapi ada jugak yang usul penang pasti jem, kami ubah haluan. Kemana lagi yang boleh teropong kalau minggu cuti makin dekat. Try survey langkawi, alhamdulillah ada lagi hotel bajet di tengah pekan kuah. Wpon tanpa pool, kami ejas plan agar ada aktiviti air yang lazim mmg prioriti kalau ada gathering famili ni. So, kami menuju ke payar. Memandangkan musim peak, tiket ke payar for sure akan fix. kalau low season boleh dapat 100/pax, peak season aku bajet tak lari dari 150/pax. Alhamdulillah selepas 4 kaunter di tanya, ada satu yang boleh bagi kami 130/pax siap dengan pengangkutan pergi balik dari hotel. Ok jugak, save duit parking (lagipun parking mmg pack di jeti). Jem nak masuk pekan kuah mmg tak putus dari hari pertama kami sampai. Mujur dah khatam bab jalan di langkawi, so boleh bajet masa perjalanan agar tak tertinggal feri.




Berbalik pada musim cuti yang sangat fenomena. Aku paling hangin kalau time semua orang berpusu balik ke kampung ada malaun yang SELFISH kekonon dia sorang je yang nak sampai awal ke destinasi. Habis yang bertali arus atas hiway tu apa kejadahnya kalau masing2 takde niat nak sampai on time (selepas dicongak masa rehat, break makan solat dan masa ketibaan). So silalah consider hati orang lain dan yang paling penting ikut peraturan. Bagi yang sangat BANGANG di jalan raya sewaktu musim 'kekesakan yang dijangka', aku nak bagi TIPS supaya korang boleh drive ferrari, BMW, VOLVO, myvi atau viva korang mcm nak mati hari esok kalau tak sampai destinasi hari ini.

Tips kepada pemandu yang ingin tiba awal ke lokasi/kg pada musim perayaan (tanpa memandu di lorong kecemasan):

#1 : ambil cuti lebih awal sebelum dan selepas musim perayaan, kalau raya cina cuti khamis - ahad, korang applylah cuti hari selasa rabu, dan isnin selasa selepas raya. Kompom hiway lengang. (1 Mei nanti try buat)
#2 : guna jalan dalam -memang ikut jarak agak jauh tapi lebih menjimatkan MASA, DUIT TOL dan MINYAK. Cuba try.
#3 : klu nak lagi cepat, ambik tiket kapal terbang,. KL - Alor Setar x sampai sejam. 
#4 : kalau ahli keluarga ramai, cuba bawak naik bas. Jimat tenaga (korg boleh tidow) dah sampai destinasi nnti driver akan kejutkan. (InsyaAllah aku rasa driver bas express lebih mengikut peraturan, takde yang ptotong ikut line kecemasan) kecuali ada yang suka juga merempit melebihi had laju.
# 5 : Kalau menghala kg korang kompom jalan jem (contoh dari KL nak blk kg di KotaBharu) apakata korang plankan supaya mak ayah adik abang kakak pakcik makcik korang kat kg datang berlibur di rumah korang je. Sesekali bawak mak ayah naik roller coster di Berjaya Time Square, pergghhh... mesti dasat...


MOTIFNYA: kalau nak balik kampung guna JALAN RAYA/ LEBUH RAYA, silalah memandu IKUT PERATURAN bukan IKUT PERASAAN. Jalan raya bukan tempat mengetest skill pemanduan, bukan nak tunjuk tailo. Dari pandangan aku sepanjang balik kg rata2 kereta yang eksiden pemadunya adalah anak anak muda yang tak reti nak MENYABAR!. Ingat dik, korang tu nak balik kampung bukan nak balik ke alam BARZAKH. Kalau kereta dah pecah bonet, kepala dah retak masuk kaca, penumpang nyawa dah melayang..apa yang korang dapat?.


SO SILA IKUT PERATURAN BUKAN IKUT PERASAAN. Rileks dan bagi laluan pada yang sepatutnya. Sekiranya semua pemandu memandu ikut barisan, takde cilok mencilok, InsyaAllah semua kenderaan boleh tiba ke destinasi ikut masa yang kita rancang.

Kepada pemandu yang aku sempat bergambar di line kecemasan, moga lepas ni diberikan hidayah untuk terus bertimbang rasa dan bersabar dengan fenomena 'balik kampung' yang dah tentunya semua orang ingin cepat sampai ke destinasi. (byk lg gmbr kete yang aku snap, tp pg ni malas nak crop, apa yang ada dan sempat je la)..


RANCANG PERCUTIAN & PEMANDUAN. 
wassalam


@weksupwemen2015


Monday, 16 February 2015

Merancang Dari Hari Ini... Pelan Persaraan

Salamz,

Bilakah kita perlu mula merancang untuk persaraan?


Sebetulnya kita patut merancang persaraan sebaik sahaja memulakan kerja (bagi pekerja makan gaji @ bekerja sendiri). Ini penting kerana kita kalau boleh nak bersara dengan gembira dan berharta, bukan gembira tetapi sengsara. Nak harap anak anak bagi makan? Bukan tak boleh, boleh tetapi pastikah kita mereka akan memenuhi semua kehendak kita?. Masa kita bersara, kita nak juga pergi melancong, kita nak juga beli buku bacaan, sekurang-kurangnya majalah. Mungkin nak bershoping online dari tv dan barang di hantar ke rumah, kan?

Jadi yang masih belum ada apa-apa perancangan, boleh mulakannya dari sekarang, maksud aku hari ini. Ya, bukan esok bukan bulan depan atau tahun depan, tetapi hari ini.


Ada empat perkara yang boleh dijadikan panduan untuk merancang pelan persaraan:

1. Bila:  tarikh anda rancang untuk bersara
2.Tempat : dimana anda akan tinggal/diam selepas bersara
2. Kos : Berapa anggaran perbelanjaan harian/bulanan yang perlu ada sekurang-kurangnya
3. Rancang : Mula merancang plan yang realistik untuk capai matlamat persaraan anda

Ada 2 kaedah untuk merancangan persaraan, sama ada kita set tarikh bersara dan buat plan berdasarkan tarikh sasaran tersebut atau sebaliknya, buat plan (perancangan realistik) dan kira anggaran tarikh persaraan bila yang memenuhi matlamat plan persaraan tadi.



Aku..bila?

Hingga saat ini aku ada 3 plan persaraan...*huh*

Pertama: Bila mencapai umur bersara pilihan (which is 40's) -ni target awal aku.
So sekarang aku tengah plan untuk meet target untuk bersara pilihan. Doakan aku!.

Kedua: Seandainya mencecah umur bersara pilihan, ada lagi plan aku yang belum selesai (terutama plan recovery untuk settlekan hutang-hutang pasif) aku maybe extend bersara dengan penuh wawasan :P. So, plan kedua aku adalah bersara pada tahun 2020!.. doakan aku juga!

Ketiga: yang ni aku tak plan, tapi mmg kjaan dah plan utk aku utk bersara wajib. haha.. so aku takmo pikir plan ni sbb aku nak cuba plan A & B dulu. harap harap tak perlu aku bersara dengan plan C!.. *huh* doakan aku!..


@wekspuermen2015


Tuesday, 10 February 2015

Melabur Jangan Sampai Lebur

Salamz,

Dah pertengahan Februari. Cepatnor rasa masa berlalu.. walhal sehari masih ada 24 jam.


Aku masih dalam mood gigih nak pencen awal..hahaha... rasa macam dah tak seronok nak keje pon ada. dah 13 tahun aku dalam bidang ni. Mungkin dah bosan gamaknya. Keje aku hari hari ngadap pc (sekarng dah tambah lak keje ngadap hp hp)..sekali skala ngadap pengerusi mesyuarat. Rutin dari 2002 dulu... Sama ada aku perlu tukar bidang atau mintak tukar lagi dlm masa terdekat. Ujung taun le kot hantar permohonan. *huh*

Berbalik pada kisah labur tak lebur. harap jangan konpius antara pelaburan dan simpanan. kedua duanya kata kerja yang berbeza dan cara kerja juga berbeza. Simpanan, apa yang lebih kita simpan (kat tabung, bank, tabung haji, asb, dll), ada le dapat dividen sikit sikit yang kita pon xsedar mungkin sbb terlalu sikit (dah simpan sikit sikitlah dividen..lol).. Pelaburan pulak bila kita gunakan hasil simpanan untuk memperanakkannya (dan kadang kadang boleh lebur). Pelaburan lebih berisiko dari simpanan. Jadi sebelum nak melabur pastikan korang dah ada simpanan dalam satu jumlah yang padu (contoh 5K - 10K). Kengdian, simpanan korang yang ke 10,001 dah keseterusnya baru digunakan untuk pelaburan (boleh faham??).


Jadi, al kisahnya selepas aku explore satu per satu jilid pengurusan kewangan ni, aku nampak ada pelbagai cabang dan teknik untuk menguruskan pendapatan secara berhemah termasuk untuk bebas dari hutang piutang dengan lebih cepat. Hutang tetap hutang dan tetap perlu berhutang. kalau tak hutang jenuh nak menyimpan, sampai pencen gamaknya baru boleh beli rumah & kereta secara cash (tanpa berhutang).

Korang boleh explore sendiri cabang cabang ni, sebab aku malas nak explain satu per satu. Apa yang aku nak rekod hanya apa yang aku dah buat (sebab senang nak merapu pro & cons dia, patu boleh cite skali kejayaan dan kegagalan untuk panduan korang jugek).. huhuu..



Kalau sebelum ni aku dah citer bab properties dan emas...hari ni nak share satu lagi cabang pelaburan yang aku terjebak sambil tersedak (huk huk...) iaitu forex... kihkihkih... gigih hari tu kata takmo main forex sbb blom belajo... ye..mmg aku belum belajo bab forex, tp peluang ni aku ambk sbb kita jadi sebagai investor shj, syarikat yang kita join ni akan trade untuk kita, keuntungan dibayar secara komisyen. Atas kertas memang plan dia nampak cantik, tiap tiap minggu akaun kita akan dibayar 10% dari nilai invest. bayangkan kalau korang masuk 10K, tiap tiap minggu dapatlah 1K, sebulan 4K. Macam menarik tak?.. hahahah... tu cerita atas kertas.

Macam yang aku cakap awal tadi, pelaburan ni bukan simpanan, ada risiko. Kalau syarikat tu salah trade ada kemungkinan besar modal terbang. So sila ambil-maklong kat situ. Kalau takut dilambung ombak jangan nak cuba berjetski bagai...




@weksupermen2015


Monday, 26 January 2015

Emas..Kenapa??

Salamz,

Sambung lagi nota emas aku. Kenapa aku kona pilih emas pula sebagai simpanan?. 
Secara dasarnya aku pon kurang jelas pada awal ni. Masa ni bagi aku masih awal sebab baru hujung tahun lepas aku obses dengan word EMAS ni. Umpama si laki laki yang obses dengan COC dan si ladies yang obses dengan CANDY CRUSH.



Tapi kenapa emas?
Emas ni macam candu jugak rupanya. Bila dah mula asyik teringat-ingat. Dulu aku beli emas bila ada duit lebih dari pendapatan aku. Aku beli dalam bentuk akaun emas. Baru-baru ni aku join group emas fizikal di FB, WA, dan TG. Memang ramai rupanya manusia manusia emas ni (dikalangan melayu). Jadi aku nampak ada peningkatan dari sudut sosio ekonomi ummah di situ. Kalau dulu tokey kedai emas kita dok nampak bangsa lain je. Rupanya rupanya dalam senyap ada segelintir orang melayu dah ada yang buka kilang emas sendiri (bukan kedai lagi, malah kedai emas melayu dah berlambak sekarang ni).

Bila aku masuk group emas ni, ramai supplier & seller yang ambil direct dari kilang melayu ni. Jadi harga akan dapat lebih murah. Kenapa kilang boleh jual dengan orang perseorangan?. Sama saja kalau kilang jual pada kedai emas. Yang penting ada transaksi jual beli dan tokey kilang tetap ada sales setiap bulan. Cuma bezanya harga di kedai emas lebih mahal sedikit dari harga supplier dalam group sebab kos fasiliti yang di tanggung pekedai. 


So berbalik kepada kenapa aku beli emas?. Dulu memang aku tak suka barang kemas. Asal beli je ada je yang hilang. Setakat sekarang dah 2 utas gelang tangan aku tercicir. Bukan rezeki aku dan bukan jodoh aku dengan emas aku fikir. Baru baru ni rantai nikah aku pon tercicir jugak, mulanya aku anggap bukan rezekilah sebab dah 2 kali rantai tangan aku cicir. Tapi nasib aku baik sebab lepas sebulan (atau lebih) baru jumpa rantai tersebut di lantai kereta. nasib baik masa tu kereta belum hantar cuci. Jika x dapat ke budak cuci mungkin dah masuk perut vacum fikir aku. Jadi sekarang aku dah tak pakai rantai tangan tersebut (ya, memang terputus rantai tu sebab itu ia cicir). 

Berbalik kepad agroup emas, yang seronoknya kita boleh buat trade direct dengan seller & supplier. Yang penting kena pandai main harga. Aku tunggu peluang untuk lock barang pada harga yang rendah, dan of course kalau nak ambil harga rendah perlu borong. So far alhamdulillah dah 2 order aku selamat sampai ke tangan (pon banyak juga rm melayang). Bila dah dapat harga rendah mmg duit dah tak fikir. Selagi ada sen dalam akaun, aku bid.



Baru baru ni dapat ilmu rahnu pula. Bagaimana nak tambah modal untuk gandakan emas. So aku akan try buat pelan pelan. Target aku nak collect dinar pula. Aku nak tengok betul ke harga emas akan naik hingga rm503/g pada 2020.  kalau aku ada 100g sekarang, by 2020 (in which dalam 5 tahun lagi) nilai emas tu akan jadi rm50,300. so aku nak try target 500g by 2020. Kalau betul bagai di ramal, pada tahun 2020 emas aku boleh diconvert jadi rm251, 500. Betul ke ni?

Jom cuba. 
Tak rugi mencuba kerana EMAS itu MATAWANG.




CERITA DINAR EMAS I

Dinar emas – mengekalkan kuasa beli sejak 1400 tahun lalu.

Satu kisah yang menarik berkenaan kuasa beli dinar emas dapat dilihat di dalam hadis nabi. Ketika zaman Rasulullah SAW, harga seekor kambing adalah 1 Dinar. Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:

“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepadaku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.” 

Akupun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.”

Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Akupun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.” 
Dengan kata lain harga semasa seekor kambing pada zaman Rasulullah ialah 1 dinar.

Tahukah anda bahawa pada hari ini 1 dinar kelantan bernilai rm737 dan boleh membeli seekor kambing untuk akikah?. 


CERITA DINAR EMAS II

Seorang artis popular yang menggunakan dinar sebagai mas kahwin ialah M Nasir ketika berkahwin dengan Marlia Musa pada 31 Ogos 2000. Mas kahwin mereka ialah 13 dinar [nilai 1 dinar pada masa itu (tahun 2000) hanya RM153.00]. 

Tiga belas keping wang dinar emas bernilai RM2,000 menjadi bukti penyatuan kedua-dua mereka. Menurut M.Nasir, dia memilih wang dinar tersebut kerana 'ingin kembali kepada tradisi Islam.' (petikan dr utusan online arkib 03/09/2000)

Jika pada Ogos tahun 2000 nilai 13 keping dinar emas bersamaan Rm2000. Pada hari ini (27 Jan 2015) 1 dinar emas kelantan bersamaan rm737.  Jadi kalau 13 dinar pada masa ini bersamaan 13 x 737 = Rm 9581  - kenaikan 479% dalam tempoh 15 tahun (ps: aku guna perbandingan dinar kelantan sbb produk islam -boleh juga banding dinar publicgold kalau mahu).


ps: adik aku juga guna dinar masa nikah hujung tahun lepas. Harga beli 1 dinar masa tu dalam 600++. Baru sebulan kahwin, mas kahwin dia dah jadi 737 (kenaikan lebih kurang 114%) hmmmm...




@weksupermen2015


Sunday, 25 January 2015

Emas vs Masa

Salamz,


Pepagi morning isnin yang lemau.
Syukur juga sebab mood malas nak buat keje hari isnin boleh di'manfaat'kan untuk update blog :P
Salah guna masa awam disitu!

Minggu ini kebetulan ada idea nak rekodkan nota pasal emas. Jadi better rekod sekarang sebelum mood lari.

Umum maklum (yang ambik maklum le), harga emas sedikit menurun (sbnrnya banyak juga jika nak compare) dari tahun 2013 yang lepas. Tapi memandangkan aku baru je nak mencelik emas, maka ada juga perlepasan peluang di situ. Tapi omputeh kata better late then never, so aku sempat la study sikit pasal kondisi emas ni. Bagaimana nak kira harga, nak deal harga, nak rahnukan dan pusing modal dsbnya. So nampak le sikit peluang di situ.


Dan dari pembacaan juga rata rata pakar ekonomi menjangkakan ketidakstabilan ringgit pada tahun ini, ini belum masuk gst lagi, dan kebetulan pula malaysia di landa UJIAN yang agak besar pada tahun ini, aku rasa pasaran hartanah tak sesuai untuk dikembangkan pada tahun ini. 

Lalu aku meninjau peluang lain sekiranya ada untuk diceburi. dan EMAS yang ditemui. Dalam pembacaan, ada beberapa bentuk urusniaga emas di pasaran. Yang paling common adalah barang kemas. Yang lainnya adalah gold bar, syiling emas dan juga akaun emas.

So far aku cuba invest dalam akaun emas dan juga barang kemas. Gold bar belum cuba dan nak try syiling emas pulak lepas ni. 

Apa matlamat aku melabur dalam emas?


Sama matlamat aku melabur dalam hartanah:
  • Pertamanya untuk simpanan (dari lebihan pendapatan aku). Memang kalau bagi setengah2 orang akan kata nak simpan mcmana, pendapatan pon tak cukup. Seriusly, aku rasa pendapat itu salah. Kalau korang ada disiplin, korang boleh buat. Key dia mudah, simpan dulu baru belanja. Jangan kata tak cukup, pasti cukup. Cuba dulu baru tahu (tak perlu la kot aku nak ulang taip tips2 dia like 'belanja di bawah kemampuan', 'pilih keperluan dari kehendak', 'buang keperluan yang tak perlu' dll). 
  • Keduanya untuk gunakan hasilnya nanti untuk bayar loan aku masa aku nak pencen awal nanti. Yup, seriusly, macam membara nih tekad nak pencen awal. So, aku tengah kira berapa baki loan loan aku, dah aku akan cuba cari tabungan untuk settlekan laon loan aku sebelum aku pencen (lagi 2-3 tahun).. Doakan aku... InsyaAllah.
  • errkk.. yang tu je matlamatnya.. moga segala perancangan aku dipermudah dan diberkati olehNya.

Maksudnya :- “Ya Tuhanku, lapangilah dada-ku. Dan permudahkanlah segala urusan-ku. Dan ungkaikanlah segala yang tersimpul pada lidah-ku. Dan mudah-mudahan mereka semua dapat memahami segala urusan-ku”. [Toha : 25-28]


@weksupermen2015