Tuesday 25 August 2015

Kisah Klasik Untuk Masa Depan..

Salamz All,



Bulan kemerdekaan tahun ini sepertinya suram. Rakyat kembali menderita di bulan merdeka. Satu tragedi yang perlu di semat dalam sejarah. 

Ogos 2015 menyaksikan kejatuhan nilai ringgit yang bertimpa timpa.. makin menjunam dan terus merudum. Jika di negara luar, pihak bertanggungjawab akan 'membuat sesuatu', tapi.... di negara tercinta ini, pihak yang 'takde tanggungjawab' yang lebih menempik, bagi ide itu ide ini, cadang itu cadang ini, walhal pihak yang 'bertanggungjawab' membisu seribu kata, tidak pasti sama ada tiada kata-kata yang hendak diperkatakan, atau sedang 'gundah-gulana' memerah anggotanya mengumpul ide, atau sedang menghitung kira jalan-jalan tikus untuk terus menikus. 

"Ya Allah, Kau berikanlah petunjuk dan hidayah kepada pemimpin2 kami untuk BERTANGGUNGJAWAB terhadap agamaMu, perintahMu, hukumMu dan kami, amanatMu ke atasnya."



Next story..
Aku, yang berfungsi sebagai DIRI AKU terasa BERTANGGUNGJAWAB ke atas diri aku untuk terus menjadi survivor dalam sebarang situasi yang di hadapi. Baik situasi yang cantik mahupun tidak baik. Lantas aku ingin berkongsikan sebuah kisah dan teladan untuk perkongsian anak cucucit aku di masa hadapan.

Duit, memang tidak boleh membeli kebahgiaan.. tapi tanpa duit sukar untuk kita membahagiakan diri dan keluarga. Sebab duitlah dunia boleh bersengketa dan sebab duit juga negara boleh terjajah semula. Jangan ingat duit berupa kertas dan syiling itu akan terus menjadi raja selamanya (kalaupun korang simpan byk duit).

Dipendekkan cerita, aku secara personal harap generasi muda (macam aku), lulusan pengajian tinggi lagi tu, dapat memanjangkan akal korang untuk membina kekayaan diri dan keluarga korang terlebih dahulu mengatasi KEMAHUAN korang yang mengarut-ngarut. Sebab apa aku cakap mengarut, sbb mmg dah banyak terbukti orang-orang muda sekarang lebih memandangkan KEBENDAAN dalam merencana hidup. Fullstop. tak perlu aku nak senaraikan. Korang sendiri boleh nampak.

Saranan aku, mulakan menabung, dan hidup 'miskin' untuk tempoh 10 tahun. Korang akan dapat hikmahnya kemudian. Contact aku lepas sepuluh tahun nanti. Aku nak dengar kisah 'kejayaan' korang. Peringatan: yang berjaya sahaja. Yang tak berjaya anggap saja korang tak pernah baca entry aku yang ini.







[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama


@weksupermen2015