Sunday 24 June 2018

Kerja Sekolah: Log Book

Salamz All,


Dah 2 tahun tak mengapdet blog ni, korang rasa aku dah kaya ke belum? haha
Well, secara hakikatnya, Alhamdulillah, aku dah pon kaya (sbb ada segala-galanya yg sepatutnya ada). Tapi klu kaya bab duit..memang belum le..mana nak cekau 1JUTA 😭😭

Hari ni terbuka hati nak update blog ni sebab apa tau? sebab kelas semalam lecturer dah bagi tugasan utk buat buku log aktiviti harian kitorang, bermula semalam sehingga  hari last kitorang iaitu selama 7 minggu...huhuhu...(crying lagi)..

Jadi utk hari pertama penulisan ni kira mcm nak meluahkan 'kesengsaaraan' le sbb aku dah lama tak menulis karangan yang panjang-panjang kat alam maya. Nasib baik blog ni masih ingat password dan ID. Mulanya plan nak karang kat Word biasa je, tp rasa mcm tak best sebab xde kaler kaler, tak meriah. Nak update kat FB mcm belum bersedia nak 'jadi baik sangat' (well, kalau nak cerita xtvt kat lecturer kena cerita yang baik-baik je, yg org lain buat jahat, kita tak...kikikiki)..

Well, untuk pagi ni masih belum ada idea nak karang bab apa, idea belum mari.. Mbe malam karang baru start buat journal kot. Hari ni nak kluar g cari ilham. Cadangnya tadi nak ke Mahkamah Syariah, tgk kes rumahtangga orang. Kat mahkamah ni orang kata blh tengok realiti masalah orang. Ye la, klu kat rumah tu wpon dorang gaduh gaduh, jerit-jerit, pukul-pukul, mungkin pada waktu tu dorang ni terbawak-bawak ikut emosi. Masa kat mahkamah at least dorang boleh behave sikit, tak emo sgt sebaliknya dorang cuba jadi waras, sbb nak fokus pada niat datang ke mahkamah tu sendiri. Well, aku pon baru first time nak masuk mahkamah ni dan nak tgk sendiri apa yang belaku sebenarnya.

Inilah realiti kehidupan. Ujian setiap orang tak sama.

Btw, selama 2 tahun aku tak update blog ni (last tahun 2016), so apa yang jadi pada aku sebenarnya? Well, xde apa2 yang terjadi, aku masih sama je, cumanya ada beberapa perkara best yang aku nak highlight (yg tak best xpayah citer la kan,,nama pon xbest..huhu)


  • Penghujung 2015 aku dapat promotion dah bertukar ke sebuah agensi yang best klu keje situ. Tapi ada juga yang tak best bilamana keje kat situ tak boleh nak leisure-leisure, semua budak opis aku rasa workaholic sangat (pelik je aku rasa sbb aku keje nak enjoy-enjoy je tapi tgk dorg keje bagai nak mati). Seriously, bagi aku tak perlu keje bermati-matian pon, asalkan tersusun keje dah ok. Problem? Demand? Complaint... mmg hari2 ada. Kalau korang ambik pot sgt dngn masalah, mmg jadi masalah.
  • 2016 aku tumpang menstresskan diri, dan mmg tak best langsung keje mati-matian macam dorang ni. Last aku decide aku buat keje enjoy-enjoy balik, tapi aku tengok anak buah aku lagi stress plk sbb dorang dok kumpul masalah dari stakeholders, customer, vendors dan cuba nak selesaikan sendiri. Aku pon xberapa sure apa yang best keje in-sylo ni. Nak jadi pakar atau nak jual diri tu kata dorang blh solve semua isu? Hmm..
  • 2017 aku dapat bos baru. Aku try nak tukar cara keje team aku, tapi tak jalan. Maybe sebab dorang dah lama buat keje tu, dan dorg dah comfort dan rasa dorang dah expert kot.  Jadi pada aku nak ubah cara keje dorang, baik aku ubah je cara keje aku. Lagi senang. Tapi bukan aku ubah utk ikut cara keje dorang..no no.. aku buat keje ikut apa yang mudah untuk aku, dan bleh leaisure-leisure. Aku cuma guide je klu ada yang tak settle. Setiap minggu aku tanya, ok tak ok? ada masalah?. Dorang kan dah terer, klu tanya je mmg jawab xde masalah. Jadi senang keje aku. Yang mana ada masalah je aku entertain dan bantu. Kan mudah?
  • 2017 juga genap aku service 15 tahun. So aku dah plan awal nak break sekejap utk enjoy 15th Anniversary dgn 'Kerajaan lama'. hahah..
  • 2018 -tahun ni, aku ambil cuti tanpa gaji. Nak enjoy sangatkan.. so, alhamdulillah, cuti aku lulus. Cuti aku tak duduk saja la, aku blh buat apa yang aku nak buat. Aku dah list awal-awal tahun ada belas-belas wishlist utk aku fullfill sepanjang cuti ni. Sambung belajar ni antara salah satu wish aku, ya, aku tgh buat diploma skrg ni. Buat diploma je yang mampu dengan keupayaan aku dan poket aku..huhu,..  

So, ok..dari nak try login ID je dan jadi fullstorytelling pulak. Stop sini dulu, nnti aku sambung. Semoga assignment aku siap sempurna. 
Wassalam.



~@weksupermen2018




No comments:

Post a Comment