Monday 26 January 2015

Emas..Kenapa??

Salamz,

Sambung lagi nota emas aku. Kenapa aku kona pilih emas pula sebagai simpanan?. 
Secara dasarnya aku pon kurang jelas pada awal ni. Masa ni bagi aku masih awal sebab baru hujung tahun lepas aku obses dengan word EMAS ni. Umpama si laki laki yang obses dengan COC dan si ladies yang obses dengan CANDY CRUSH.



Tapi kenapa emas?
Emas ni macam candu jugak rupanya. Bila dah mula asyik teringat-ingat. Dulu aku beli emas bila ada duit lebih dari pendapatan aku. Aku beli dalam bentuk akaun emas. Baru-baru ni aku join group emas fizikal di FB, WA, dan TG. Memang ramai rupanya manusia manusia emas ni (dikalangan melayu). Jadi aku nampak ada peningkatan dari sudut sosio ekonomi ummah di situ. Kalau dulu tokey kedai emas kita dok nampak bangsa lain je. Rupanya rupanya dalam senyap ada segelintir orang melayu dah ada yang buka kilang emas sendiri (bukan kedai lagi, malah kedai emas melayu dah berlambak sekarang ni).

Bila aku masuk group emas ni, ramai supplier & seller yang ambil direct dari kilang melayu ni. Jadi harga akan dapat lebih murah. Kenapa kilang boleh jual dengan orang perseorangan?. Sama saja kalau kilang jual pada kedai emas. Yang penting ada transaksi jual beli dan tokey kilang tetap ada sales setiap bulan. Cuma bezanya harga di kedai emas lebih mahal sedikit dari harga supplier dalam group sebab kos fasiliti yang di tanggung pekedai. 


So berbalik kepada kenapa aku beli emas?. Dulu memang aku tak suka barang kemas. Asal beli je ada je yang hilang. Setakat sekarang dah 2 utas gelang tangan aku tercicir. Bukan rezeki aku dan bukan jodoh aku dengan emas aku fikir. Baru baru ni rantai nikah aku pon tercicir jugak, mulanya aku anggap bukan rezekilah sebab dah 2 kali rantai tangan aku cicir. Tapi nasib aku baik sebab lepas sebulan (atau lebih) baru jumpa rantai tersebut di lantai kereta. nasib baik masa tu kereta belum hantar cuci. Jika x dapat ke budak cuci mungkin dah masuk perut vacum fikir aku. Jadi sekarang aku dah tak pakai rantai tangan tersebut (ya, memang terputus rantai tu sebab itu ia cicir). 

Berbalik kepad agroup emas, yang seronoknya kita boleh buat trade direct dengan seller & supplier. Yang penting kena pandai main harga. Aku tunggu peluang untuk lock barang pada harga yang rendah, dan of course kalau nak ambil harga rendah perlu borong. So far alhamdulillah dah 2 order aku selamat sampai ke tangan (pon banyak juga rm melayang). Bila dah dapat harga rendah mmg duit dah tak fikir. Selagi ada sen dalam akaun, aku bid.



Baru baru ni dapat ilmu rahnu pula. Bagaimana nak tambah modal untuk gandakan emas. So aku akan try buat pelan pelan. Target aku nak collect dinar pula. Aku nak tengok betul ke harga emas akan naik hingga rm503/g pada 2020.  kalau aku ada 100g sekarang, by 2020 (in which dalam 5 tahun lagi) nilai emas tu akan jadi rm50,300. so aku nak try target 500g by 2020. Kalau betul bagai di ramal, pada tahun 2020 emas aku boleh diconvert jadi rm251, 500. Betul ke ni?

Jom cuba. 
Tak rugi mencuba kerana EMAS itu MATAWANG.




CERITA DINAR EMAS I

Dinar emas – mengekalkan kuasa beli sejak 1400 tahun lalu.

Satu kisah yang menarik berkenaan kuasa beli dinar emas dapat dilihat di dalam hadis nabi. Ketika zaman Rasulullah SAW, harga seekor kambing adalah 1 Dinar. Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:

“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepadaku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.” 

Akupun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.”

Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Akupun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.” 
Dengan kata lain harga semasa seekor kambing pada zaman Rasulullah ialah 1 dinar.

Tahukah anda bahawa pada hari ini 1 dinar kelantan bernilai rm737 dan boleh membeli seekor kambing untuk akikah?. 


CERITA DINAR EMAS II

Seorang artis popular yang menggunakan dinar sebagai mas kahwin ialah M Nasir ketika berkahwin dengan Marlia Musa pada 31 Ogos 2000. Mas kahwin mereka ialah 13 dinar [nilai 1 dinar pada masa itu (tahun 2000) hanya RM153.00]. 

Tiga belas keping wang dinar emas bernilai RM2,000 menjadi bukti penyatuan kedua-dua mereka. Menurut M.Nasir, dia memilih wang dinar tersebut kerana 'ingin kembali kepada tradisi Islam.' (petikan dr utusan online arkib 03/09/2000)

Jika pada Ogos tahun 2000 nilai 13 keping dinar emas bersamaan Rm2000. Pada hari ini (27 Jan 2015) 1 dinar emas kelantan bersamaan rm737.  Jadi kalau 13 dinar pada masa ini bersamaan 13 x 737 = Rm 9581  - kenaikan 479% dalam tempoh 15 tahun (ps: aku guna perbandingan dinar kelantan sbb produk islam -boleh juga banding dinar publicgold kalau mahu).


ps: adik aku juga guna dinar masa nikah hujung tahun lepas. Harga beli 1 dinar masa tu dalam 600++. Baru sebulan kahwin, mas kahwin dia dah jadi 737 (kenaikan lebih kurang 114%) hmmmm...




@weksupermen2015


Sunday 25 January 2015

Emas vs Masa

Salamz,


Pepagi morning isnin yang lemau.
Syukur juga sebab mood malas nak buat keje hari isnin boleh di'manfaat'kan untuk update blog :P
Salah guna masa awam disitu!

Minggu ini kebetulan ada idea nak rekodkan nota pasal emas. Jadi better rekod sekarang sebelum mood lari.

Umum maklum (yang ambik maklum le), harga emas sedikit menurun (sbnrnya banyak juga jika nak compare) dari tahun 2013 yang lepas. Tapi memandangkan aku baru je nak mencelik emas, maka ada juga perlepasan peluang di situ. Tapi omputeh kata better late then never, so aku sempat la study sikit pasal kondisi emas ni. Bagaimana nak kira harga, nak deal harga, nak rahnukan dan pusing modal dsbnya. So nampak le sikit peluang di situ.


Dan dari pembacaan juga rata rata pakar ekonomi menjangkakan ketidakstabilan ringgit pada tahun ini, ini belum masuk gst lagi, dan kebetulan pula malaysia di landa UJIAN yang agak besar pada tahun ini, aku rasa pasaran hartanah tak sesuai untuk dikembangkan pada tahun ini. 

Lalu aku meninjau peluang lain sekiranya ada untuk diceburi. dan EMAS yang ditemui. Dalam pembacaan, ada beberapa bentuk urusniaga emas di pasaran. Yang paling common adalah barang kemas. Yang lainnya adalah gold bar, syiling emas dan juga akaun emas.

So far aku cuba invest dalam akaun emas dan juga barang kemas. Gold bar belum cuba dan nak try syiling emas pulak lepas ni. 

Apa matlamat aku melabur dalam emas?


Sama matlamat aku melabur dalam hartanah:
  • Pertamanya untuk simpanan (dari lebihan pendapatan aku). Memang kalau bagi setengah2 orang akan kata nak simpan mcmana, pendapatan pon tak cukup. Seriusly, aku rasa pendapat itu salah. Kalau korang ada disiplin, korang boleh buat. Key dia mudah, simpan dulu baru belanja. Jangan kata tak cukup, pasti cukup. Cuba dulu baru tahu (tak perlu la kot aku nak ulang taip tips2 dia like 'belanja di bawah kemampuan', 'pilih keperluan dari kehendak', 'buang keperluan yang tak perlu' dll). 
  • Keduanya untuk gunakan hasilnya nanti untuk bayar loan aku masa aku nak pencen awal nanti. Yup, seriusly, macam membara nih tekad nak pencen awal. So, aku tengah kira berapa baki loan loan aku, dah aku akan cuba cari tabungan untuk settlekan laon loan aku sebelum aku pencen (lagi 2-3 tahun).. Doakan aku... InsyaAllah.
  • errkk.. yang tu je matlamatnya.. moga segala perancangan aku dipermudah dan diberkati olehNya.

Maksudnya :- “Ya Tuhanku, lapangilah dada-ku. Dan permudahkanlah segala urusan-ku. Dan ungkaikanlah segala yang tersimpul pada lidah-ku. Dan mudah-mudahan mereka semua dapat memahami segala urusan-ku”. [Toha : 25-28]


@weksupermen2015



Thursday 15 January 2015

Ke Korea ke Kome?..

Salamz all,


Hujung tahun adalah waktu liburan bagi aku sebab letih siot dok dalam opis dengan ekon yang sejuk gigil. Memandangkan tiket 'pa ro ya ya' tak jadi guna untuk ke Jeddah tahun depan jadi en.hasbeng pon megofer lokasi lokasi capaian jentera dia. Dari hongkong beijing kashmir londong parish tokyo nagoya..aku pilih Incheon 'aneyong saiyooook' -kalau ikut bunyi mulut aku (pronoun sebenar Annyeong Haseyo)


Lepas tiket dh confirm aku pon mulalah menjejak laluan laluan di sana. Ikut hati aku (sbb nak jimat kos) elok g redah ala backpack je. Tapi en.hasbeng dia ala ala x gemar sikit backpack takut aku menyesatkan dia dan merosakkan program (pangsan).

 

Last last kami pilih ground pakej dengan ViaVacation Sdn.Bhd. Mulanya ada 2-3 ejen yang aku call.. tapi harga mak aiii boleh makan hati setahun.. lepas dapat reply mail dari Via ni, harga tersangatlah beza dari yang 3 lagi tu so aku direct kompom dengan dorang..terus bayar dan tunggu hari je nak berlepas.

Hari rabu malam kami bertolak, pagi morning sampai Incheon.. kelam kabut cari port utk Subuh. Kat epot tu yang aku tau surau dia kat tempat departure. Mana nak p pusing pon xtau. Masa on d way nak keluar lepas kastam tu aku nampak ada satu changing room elok je sebelah rest room. Terus aku cakap ngan en.hasbeng 'kira jadi'. So kitorang gilir2 le subuh kat dalam tu sbb sorang kena jaga luggage kat luar (bilik pon sekangkang kera je).

Kluar pintu cari agen tak jumpa. rupanya kami kluar salah pintu dan ejen tunggu pintu lain. nasib baik ada simpan no.telefon bos travel ejen kat sana, Lepas jumpa ejen korea tu, rupanya ada lagi 1 famili yang landing hari yang sama untuk join tour sama kitorang. So bila dah kumpul kami 2 keluarga, ejen bawak g ke epot lagi satu kat seoul untuk join group yang lagi besar (dalam 30 org) yang datang lebih awal dari kitorang. diorang ke Pulau Jeju dulu.

1st Day
Lepas group Jeju tu landing, kami di bawa naik bas ke Nami Island. Pusing2 dalam 3 jam (termasuk berguling2 ngan salji), kami balik ke main land untuk ke ski center pulak. Disebabkan snow turun sekali je setahun, ada le satu hotel ni yang di buat sebelah je ngan ski center, kat situ le kami bermalam.

Kisah yang tak best sikit bila kena ketuk ngan ejen yang bawak ni. Iye iye suruh rent baju & sluar suit untuk main snow (termasuk kaki kayu tu le).. sewa dia mahal doh.. dah le 1st day + 1st time sampai, rata rata jemaah yang selungguk ni pon pakat la ukur baju di badan sendiri ambik uniform sorang sepasang siap google (eksited ni). Skali dah sampai kaunter, mak aiii sewa kat rm150 untuk sorang.. huhuu .. bayangkan yang bawak anak beranak tu, terbang rm500 satu malam je (semput duit soping!).

2nd - 5th Day
Malas nak menaip!.. huhuhuu...
Ni innetary dia.. nak karang 5 hari punya program macam malas je.. :)



So, pada aku, memang ok la trip kali ni. sebab pegi bedua je, better ambik pakej (wpon mahal skit) tapi senang semua diorang uruskan. Layanan pon ok. Tapi klu korang bawak rombongan cik kiah, mmg elok plan sendiri trip, sep bajet!




@weksupermen2015




Thursday 8 January 2015

Nota Aku: 7 Perkara Penting Bina Rumah Sendiri

Salamz All,

2015 tahun GAWAT!..
Rata rata mesej yang aku dapat memang menekankan isu ekonomi negara yang agak malap pada tahun ini. Beberapa point penting yang boleh dihadam:

  • kejatuhan nilai ringgit berbanding dollar -kalau makin jatuh memang parah rakyat
  • tahun ni jangan berbelanja 'lebih', sebaliknya SIMPAN lebih (aku dah buka #2015tahunmenyimpan
  • nilai duit kertas vs logam emas -> kadar perbandingan 'nilai' kedua duanya dari dulu hingga sekarang..sila pikirkan
  • dari sifu hartanah juga meramalkan pasaran suram pada tahun ni, ditambah dengan BLR bank negara yang naik pada tahun ini. maknanya segala bentuk pinjaman bank tahun ni akan berlipat tinggi interestnya (solution = elakkan membuat pinjaman pada tahun ini)
  • again, tahun ni better MENYIMPAN.. bagi yang plan nak beli rumah sekurang2nya boleh simpan untuk deposit..

Memandangkan minat aku dalam bidang hartanah ni, niat nak tambah prop tahun ni kena KIV dulu. So layan cari info tambahan. Kali ni dapat yang ni dari blog buat-rumah. So simpan untuk panduan di masa depan.. huk!



7 Perkara Penting Bina Rumah Sendiri 



1. Geran Tanah
Yang ni wajib ada.  Geran perlu disediakan untuk mengenal pasti status tanah tersebut sama ada pegangan bebas/pajakan/ rizab melayu. Kategori tanah contohnya; pertanian/bangunan/komersial. Selain itu, anda juga perlu memastikan tiada apa-apa sekatan kepentingan dalam geran tersebut. Jika terdapat sekatan kepentingan contohnya tanah tersebut adalah untuk kegunaan dusun, dalam hal ini, anda perlu menggunakan khidmat peguam untuk menukar status tanah berkenaan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri. Keluasan tanah juga perlu diambilkira dalam menentukan saiz kediaman baru anda. Sebagai contoh, bagi tanah yang mempunyai saiz bukaan kecil iaitu lebar 50 kaki dan panjang 60 kaki. Maka, lebar dan panjang bangunan tersebut adalah 30 kaki X 30 kaki.


2. Cukai Tanah
Pastikan bayar setiap tahun. Ada kes cukai tanah yang tertunggak bertahun-tahun sampai anak dah masuk darjah 1. Kalau pejabat tanah tu jadi macam agensi swasta, alamat tak berhartalah jawabnya.


3. Pelan Lakaran Rumah
Tak payah lukis cun-melecun. Asal nampak susun atur dan saiz ukuran pun jadilah. Lazimnya, arkitek akan kasi beberapa 'sample' sebagai rujukan pelanggan.


4. Keadaan Tanah
Kalau kawasan tu semak samun, owner perlu membersihkan sendiri tanah dengan duit poket sendiri. Kontraktor cuma sediakan rumah sahaja. Kalau tanah tu jenis tanah tambun, perlu nyatakan bila tanah tu ditambun. Biasanya, 5-6 tahun ke atas selepas tambun tak perlu kerja-kerja cerucuk (piling).


5. Persekitaran Kawasan
Perlu nyatakan kemudahan yang terdapat di kawasan tersebut seperti bekalan air dan elektrik, sistem saliran, kedai, masjid dan sebagainya. 


6. Spesifikasi
Tak ramai pelanggan yang bertanya bab ni. Untuk nampak lebih 'pro', soalan mengenai spesifikasi mesti ditanya kepada kontraktor. Ramai di antara pelanggan merungut pasal spesifikasi yang mungkin 'tak padan' dengan bajet mereka. Akibatnya, wujud konflik antara kontraktor dan pelanggan. 


7. Bajet Kewangan
Perlu ambil perhatian bahawa bajet akan menentukan rupa rekabentuk dan spesifikasi rumah anda. Biasanya, arkitek/kontraktor akan membuat anggaran harga berdasarkan keluasan sesebuah rumah. 





Yang ni info tentang rumah cepat siap.. bukan bina rumah tradisional pakai bata & simen tu..ni teknologi pasang siap (IBS). Info kat bawah ni di cilok pinjam dari laman Proprimas


RUMAH PASANG SIAP


Apa itu IBS

Sistem Bangunan Berindustri (IBS) merupakan sistem pembinaan yang menggunakan komponen – komponen prasiap yang disediakan di kilang, boleh diangkat dan dipasang secara berjentera atau manual dengan usaha tambahan buruh yang minima di tapak bina. Tidak dinafikan lagi, IBS mampu untuk menjadikan industri pembinaan negara seiring kearah persaingan globalisasi dengan produktiviti, kualiti dan keselamatan yang lebih baik



Kelebihan Produk IBS
  • Penggunaan Teknologi terbaru tanpa menggunakan paku, pasir, batu, kayu dan bata simen.
  • Menggunakan struktur besi dan kepingan ’cement board’, serta diskrukan di antara kepingan ’cement board’ dan besi struktur.
  • Harga bagi setiap unit hanya RM 78,000 dengan keluasan 823 kaki persegi ( Bergantung pada kedudukan tanah).
  • Sistem ini cepat hanya memakan masa hanya 1 bulan
  • Berkualiti serta cantik dipandang
  • Kukuh serta sejuk untuk didiami.


Sepuluh elemen yang terdapat pada rumah teknologi IBS :-
  • Mengelak daripada pemusnahan anai-anai
  • Kalis Api
  • Kalis Air
  • Kalis Cuaca
  • Mesra Alam
  • Kuat dan Kukuh
  • Mudah untuk pengubahsuaian
  • Kerja-kerja penyelenggaraan mudah
  • IBS lebih pantas dan menjimatkan
  • Menjimatkan tempoh pembinaan


SYarikat Bumiputera dgn teknologi IBS:

PROPRIMAS HOLDINGS SDN BHD
No 2, Tingkat 2, Ruang Niaga Masjid Daerah Sultan Idris II,
Jalan Sekolah, 36000 Teluk Intan
Perak Darul Ridzuan
H/P : 017-943 8546 / 0111-813 0385
Fax : 05-621 5410
Facebook : proprimas perak 


Yang ni contoh pembinaan rumah IBS. Macam sangat like buat rumah macam ni.. mudah dah semat je tengok dlm grafik (klu tengok real mesti kwsan bersepah kan?.. :P )




@weksupermen2015