Wednesday 19 September 2018

Tips Travel Urus Sendiri

Salamz,

Lately ni ramai betul rakyat Mesia yang kaki travel, bukan calang-calang punya travel, semuanya jauh ke oversea. Sama ada memang travel tu dah jadi satu 'keperluan' ataupun sebab sekarang dah ada benda-benda murah yang berkaitan dengan traveling ni (dari tiket, hotel & facilities lain).

Aku ni bukan kaki travel sangat la kan.. tapi setiap tahun kalau boleh aku mmg plan at least 2x dapat gi jalan negara orang (dulu aku target setahun sekali je, tapi sejak ada orang mas yg sponser tiket free setiap tahun, jadi trip oversea aku dah jadi 2x setahun). Rezeki la kan orang kata.

So, hari ni aku nak kongsikan tips macamana nak cut cost bila travel keluar negara.

1. Tengok korang pegi dengan sape. Klu dgn partner je, korang boleh plan independent travel. Kalau travel angkut anak2 ataupun bawak parent ke, better ambik agent. Tak perlu ambik full pakej, ambik ground shj (tiket & hotel korang booking sndiri). Pakej ground ni boleh ambik dari agen di Msia ataupun di negara yang korang nak pegi. Kalau korang nak pegi independent bawak kids/parent, mmg penat. Bukan tak boleh, tp penat la. Lagi satu, ambik pakej ground yang private..bukan join group. Kelebihannya driver nanti boleh ikut time kita. Kalau ambik ground pakej yang berkumpulan, pon boleh letih sebab kita (dan famili) kena ikut masa agen/driver.

2. Benda paling penting utk travel bajet, of course le 'tiket murah'. Nak dapat tiket murah sebenarnya xde la susah, yang penting, korang kena sentiasa alert dengan iklan tambang murah/rajin & pandai cari kat internet/tunggu promosi (macam matta fair tu). 

3. Jangan pilih tarikh yang korang nak, sebaiknya pilih tarikh yang korang dapat tiket murah. Faham ke? Contoh, kalau tiket kapal terbang dan hotel, korang boleh dapat harga murah bila beli 6-12 bulan lebih awal. Lagi murah kalau korang beli yang bukan peak season (bukan cuti am, cuti sklh dll) dan waktu weekdays berbanding weekend. Mcm aku selalu ambik tiket Khamis mlm balik Isnin atau Selasa. So cuti just apply 2 @ 3 hari. Sebabkan ambik tiket awal lbh 6 bulan, korang xpyh le pikir eh..ada meeting x time tu, ada kursus tak..hmm...mmg xpegi le korang klu nak pikir mcm tu. Mcm aku, sebulan awal dah bgtau bos & hantar borang keluar negara. Bagi bos maklum awal2. 


4. Buat bajet awal utk anggaran perbelanjaan keseluruhan trip supaya korang tak over bajet. Yang penting kena tengok niat korang pegi travel tu utk apa? nak 'melihat' tempat orang ke nak 'menyoping' barang oversea? Bagi aku klu travel sbb nak menyoping mmg tak berbaloi (order online je la, buat apa nak susah2 ngangkut bagai..kan?). Selalunya kita pegi travel ni lebih kpd nak melihat tempat orang, so, korang bolehlah buat bajet seminima mungkin supaya boleh pegi 2-3 negara setahun (gituuuuuu).

5. Hadkan beli Survenier. Ini pon penting, selalunya kita g travel dok membilang survier nak bagi kawan lah, mak makcik sedara la, jiran lah.. Kalau nak beli, beli secara berpada, ikut bajet yang korang dah set. Korang rasa agaknya dorang guna tak survenier yang korang bagi tu (kecuali klu korang beli handbag/perfume mahai, mbe kot dorg pakai). Klu setakat beli tshirt (yg mungkin salah saiz), topi, brooch dan cawan/garfu atau keychain tu, macammmm...baik tak payah kot..huhu...kata nak travel bajet kan?. 

6. Bawak stok makanan sendiri utk jimat. Utk yang perut nasik tu, boleh bawak mini rice cooker. Aku selalu memang bawak le beras yang sekilo tu klu travel. Lauknye selalu bawak makanan dalam tin (sardin, kari daging, sambal bilis, ayam masak merah dll) yang ada jual kat supermarket (brand adabi). Nasik goreng/nasik arab frozen jenama Brahims.  Sambal bilis garing Che Nor (mkn ngan telor goreng pon laju). Meggi tak tinggal. Utk minuman, aku bawak 3 in 1 nescafe, uncang teh dan gula paket kecik2 tu. Utk bekas makanan, sudu garfu dan cawan pon aku bawak sendiri. Bekas makanan selalu aku bawak yang microwave heat tu (bekas mknn biasa tu), at least boleh pakai buang klu mls nak bawak balik. Dan lagi satu dia ringan je berbanding ko nak angkut tepaware kan.. klu hilang atau tertinggal tepaware kang nangis pulak. Lagi satu klu malas nak bawak mini rice cooker, aku bawak 'can pot' yang askar pakai tu (yg 4 segi ada tangkai -korng blh cari kat kedai2 outdoor). Pot ni blh guna utk masak nasik, dan yg lain2 tu, tp kna make sure hotel ko ada microwave lah.

Atas Kanan : Bekas mknn microwave heat (utk mkn & tapau)
Tengah: Sardin (kiri) & Sambal Garing Che Nor (kanan)
Bawah: Pot askar serbaguna




Ni aku share sikit perbelanjaan aku masa ke Tokyo bulan lepas. Ini mmg bajet limited betul ni, dah le lepas raya, lepas bayar yuran belajar bagai..kan...

Tiket: RM 320 utk 2 org (FOC tiket, bayar airport tax je) 

Hotel: RM1088 (5 hari 4 malam) -hotel kat jepun mmg saiz kecik2 je. Yang paling popular dan murah yang backpackers tu, bilik air pon kongsi, mmg utk tido semata2. Aku klu travel akan cari bilik hotel/aprtment yang ada dapur/microwave dan bilik air kat dalam. Harga mmg agak mahal sikitlah.. Tapi mcm aku kata awal2 tadi, korang kena booking 4-6 bulan lebih awal, insyaAllah blh dapat yang murah (dan cari yang boleh cancel 2-3 hari sebelum tarikh pegi tu..manalah tahu kan tetiba mmg ada hal yg xdpt dielakkan). Aku selalu guna booking.com sbb mmg ada facilities utk cancel bilik. Agoda ada yang ada ada yang xde. Lagi satu cari yang dekat dengan stesen train lah sbb trip ni mmg nak guna train je sbg pengangkutan utama.

Tiket Train: 5000 yen sorang (Rm184/sorang utk 5 hari). Aku beli Suica card (function mcm touch N go). Boleh guna utk pelbagai jenis public transport (termasuk bas). Tapi kat sana kami naik train je utk bergerak. Train dari dan ke airport pon guna kad ni je (masa pulangkan kad boleh refund 500yen).

Makan: RM300 (sehari sekali je makan luar) pagi bfast kat bilik (nasik goreng frozen/bake bean/mushroom soup). Masak nasik & lauk siap2 utk bekal lunch. Petang/mlm sebelum balik hotel singgah beli mknn utk diner. Rate makan 500-1000 yen satu set (kebab atau set nasik). Dalam RM18-35/set. Bajet mkn sehari dlm RM50. Tp 5 hari kat sana kami belanja x sampai RM300 pon utk mkn, sbb byk mkn mknn sendiri kat hotel je. 

Bekal utk lunch -nasik, telur rebus, sambal garing, rendang daging

Entertainment: RM700 je utk 2 orang.. ambik tiket hop on hop bus, masuk Joypolis, Tokyo Dome (yg berbayar).. yg lain2 naik train singgah tempat2 lawatan yg free je (akihabara, asakusa, tsukiji market, odaiba, shinjuku, ueno park, ameyoko plaza). Disneyland & Disneysea pon sampai depan pagar je..xmasuk dlm (sbb macam xmasuk dengan jiwa je...huhuuhu). Plan asal nak ke Mt.Fuji, nak ambik 1 day trip ke sana dengan bas, tp malangnya tiket dah habis utk sabtu & ahad tu. So, pusing2 tokyo je la.

Entertainment tiket, kunci hotel & Suica Card



Total Belanja : RM (320 + 1088 + 368 + 300 +700) = RM2776

Bawah bajet :)
Kami bajet belanja RM2K sorang, end up hanya habiskan RM1388 je sorang.. huhu..baki boleh carry forward utk next trip.. (wpon sbnrnya dah habiskan masa balik Msia). :p





~@weksupermen2018






Sunday 24 June 2018

Kerja Sekolah: Log Book

Salamz All,


Dah 2 tahun tak mengapdet blog ni, korang rasa aku dah kaya ke belum? haha
Well, secara hakikatnya, Alhamdulillah, aku dah pon kaya (sbb ada segala-galanya yg sepatutnya ada). Tapi klu kaya bab duit..memang belum le..mana nak cekau 1JUTA 😭😭

Hari ni terbuka hati nak update blog ni sebab apa tau? sebab kelas semalam lecturer dah bagi tugasan utk buat buku log aktiviti harian kitorang, bermula semalam sehingga  hari last kitorang iaitu selama 7 minggu...huhuhu...(crying lagi)..

Jadi utk hari pertama penulisan ni kira mcm nak meluahkan 'kesengsaaraan' le sbb aku dah lama tak menulis karangan yang panjang-panjang kat alam maya. Nasib baik blog ni masih ingat password dan ID. Mulanya plan nak karang kat Word biasa je, tp rasa mcm tak best sebab xde kaler kaler, tak meriah. Nak update kat FB mcm belum bersedia nak 'jadi baik sangat' (well, kalau nak cerita xtvt kat lecturer kena cerita yang baik-baik je, yg org lain buat jahat, kita tak...kikikiki)..

Well, untuk pagi ni masih belum ada idea nak karang bab apa, idea belum mari.. Mbe malam karang baru start buat journal kot. Hari ni nak kluar g cari ilham. Cadangnya tadi nak ke Mahkamah Syariah, tgk kes rumahtangga orang. Kat mahkamah ni orang kata blh tengok realiti masalah orang. Ye la, klu kat rumah tu wpon dorang gaduh gaduh, jerit-jerit, pukul-pukul, mungkin pada waktu tu dorang ni terbawak-bawak ikut emosi. Masa kat mahkamah at least dorang boleh behave sikit, tak emo sgt sebaliknya dorang cuba jadi waras, sbb nak fokus pada niat datang ke mahkamah tu sendiri. Well, aku pon baru first time nak masuk mahkamah ni dan nak tgk sendiri apa yang belaku sebenarnya.

Inilah realiti kehidupan. Ujian setiap orang tak sama.

Btw, selama 2 tahun aku tak update blog ni (last tahun 2016), so apa yang jadi pada aku sebenarnya? Well, xde apa2 yang terjadi, aku masih sama je, cumanya ada beberapa perkara best yang aku nak highlight (yg tak best xpayah citer la kan,,nama pon xbest..huhu)


  • Penghujung 2015 aku dapat promotion dah bertukar ke sebuah agensi yang best klu keje situ. Tapi ada juga yang tak best bilamana keje kat situ tak boleh nak leisure-leisure, semua budak opis aku rasa workaholic sangat (pelik je aku rasa sbb aku keje nak enjoy-enjoy je tapi tgk dorg keje bagai nak mati). Seriously, bagi aku tak perlu keje bermati-matian pon, asalkan tersusun keje dah ok. Problem? Demand? Complaint... mmg hari2 ada. Kalau korang ambik pot sgt dngn masalah, mmg jadi masalah.
  • 2016 aku tumpang menstresskan diri, dan mmg tak best langsung keje mati-matian macam dorang ni. Last aku decide aku buat keje enjoy-enjoy balik, tapi aku tengok anak buah aku lagi stress plk sbb dorang dok kumpul masalah dari stakeholders, customer, vendors dan cuba nak selesaikan sendiri. Aku pon xberapa sure apa yang best keje in-sylo ni. Nak jadi pakar atau nak jual diri tu kata dorang blh solve semua isu? Hmm..
  • 2017 aku dapat bos baru. Aku try nak tukar cara keje team aku, tapi tak jalan. Maybe sebab dorang dah lama buat keje tu, dan dorg dah comfort dan rasa dorang dah expert kot.  Jadi pada aku nak ubah cara keje dorang, baik aku ubah je cara keje aku. Lagi senang. Tapi bukan aku ubah utk ikut cara keje dorang..no no.. aku buat keje ikut apa yang mudah untuk aku, dan bleh leaisure-leisure. Aku cuma guide je klu ada yang tak settle. Setiap minggu aku tanya, ok tak ok? ada masalah?. Dorang kan dah terer, klu tanya je mmg jawab xde masalah. Jadi senang keje aku. Yang mana ada masalah je aku entertain dan bantu. Kan mudah?
  • 2017 juga genap aku service 15 tahun. So aku dah plan awal nak break sekejap utk enjoy 15th Anniversary dgn 'Kerajaan lama'. hahah..
  • 2018 -tahun ni, aku ambil cuti tanpa gaji. Nak enjoy sangatkan.. so, alhamdulillah, cuti aku lulus. Cuti aku tak duduk saja la, aku blh buat apa yang aku nak buat. Aku dah list awal-awal tahun ada belas-belas wishlist utk aku fullfill sepanjang cuti ni. Sambung belajar ni antara salah satu wish aku, ya, aku tgh buat diploma skrg ni. Buat diploma je yang mampu dengan keupayaan aku dan poket aku..huhu,..  

So, ok..dari nak try login ID je dan jadi fullstorytelling pulak. Stop sini dulu, nnti aku sambung. Semoga assignment aku siap sempurna. 
Wassalam.



~@weksupermen2018