AL-KAUTSAR
Surah Al-Kautsar adalah surah yang ke 108 di dalam Al Quran yang bererti kebaikan/nikmat yang banyak. Ia dinamakan Al-Kautsar kerana Allah SWT telah mengurniakan kepada Nabi Muhammad SAW kebaikan yang banyak di dunia dan akhirat. Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Fadilatnya:-
1. Sesiapa membaca Surah
Al-Kautsar, maka Allah akan memberinya minuman dari sungai di syurga.
2. Baca 1000 kali, Allah SWT
akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkatnya.
3. Sesiapa yang mengamalkan
membaca surah ini 7 kali semasa dalam keadaan ketakutan, maka Allah SWT akan
memberikan perlindungan terhadapnya.
4. Memperkuat pandangan mata
dan menghilangkan penyakit mata seperti berair, gatal, bengkak. Baca surah ini
sebanyak 10x pada air yang dicampur dengan bunga mawar, disapukan pada mata
setiap hari.
5. Al Imam At Tamimi
menerangkan bahawa siapa yang sering membaca surah ini akan menjadi lunak
hatinya, khusyuk hatinya dan tetap hatinya melakukan taat kepada Tuhan.
6. Apabila dibaca 100 kali
ketika turun hujan, lalu berdoa dengan doa apa saja dari urusan dunia dan
akhiratnya, maka doanya akan segera ditunaikan.
7. Barangsiapa yang membacanya
setiap 7 kali pada mata air yang terhenti airnya, atau yang sedikit keluarnya,
maka air itu akan melimpah keluar.
8. Baca 1000 kali untuk
menghasilkan seribu satu hajat, teristimewa dalam urusan rezeki, harta,
menuntut pangkat dan jabatan, serta maksud-maksud yang mengandungi unsur
kebaikan, maka maksudnya akan ditunaikan.
9. Jika rumah dipercayai
terkena sihir, bacalah surah ini 10 kali, mudah-mudahan Allah SWT beri ilham
pada kita dimana letaknya sihir itu. Sebaik-baiknya usaha untuk mencari tempat
sihir dan buangnya. Ayat ini khas untuk mencari tempat sihir.
10. Jika orang teraniaya dan
terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah SWT akan memberikan bantuan
kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi telah dizalimi.
11. Membacanya sebanyak 7 kali
pada waktu hendak tidur, maka Allah membangunkannya pada waktu dan jam berapa
yang dikehendaki.
12. Siapa yang membacanya 7
kali ketika dalam ketakutan di mana saja berada, akan dilindungi Allah
kebajikannya.
No comments:
Post a Comment