Thursday 8 January 2015

Nota Aku: 7 Perkara Penting Bina Rumah Sendiri

Salamz All,

2015 tahun GAWAT!..
Rata rata mesej yang aku dapat memang menekankan isu ekonomi negara yang agak malap pada tahun ini. Beberapa point penting yang boleh dihadam:

  • kejatuhan nilai ringgit berbanding dollar -kalau makin jatuh memang parah rakyat
  • tahun ni jangan berbelanja 'lebih', sebaliknya SIMPAN lebih (aku dah buka #2015tahunmenyimpan
  • nilai duit kertas vs logam emas -> kadar perbandingan 'nilai' kedua duanya dari dulu hingga sekarang..sila pikirkan
  • dari sifu hartanah juga meramalkan pasaran suram pada tahun ni, ditambah dengan BLR bank negara yang naik pada tahun ini. maknanya segala bentuk pinjaman bank tahun ni akan berlipat tinggi interestnya (solution = elakkan membuat pinjaman pada tahun ini)
  • again, tahun ni better MENYIMPAN.. bagi yang plan nak beli rumah sekurang2nya boleh simpan untuk deposit..

Memandangkan minat aku dalam bidang hartanah ni, niat nak tambah prop tahun ni kena KIV dulu. So layan cari info tambahan. Kali ni dapat yang ni dari blog buat-rumah. So simpan untuk panduan di masa depan.. huk!



7 Perkara Penting Bina Rumah Sendiri 



1. Geran Tanah
Yang ni wajib ada.  Geran perlu disediakan untuk mengenal pasti status tanah tersebut sama ada pegangan bebas/pajakan/ rizab melayu. Kategori tanah contohnya; pertanian/bangunan/komersial. Selain itu, anda juga perlu memastikan tiada apa-apa sekatan kepentingan dalam geran tersebut. Jika terdapat sekatan kepentingan contohnya tanah tersebut adalah untuk kegunaan dusun, dalam hal ini, anda perlu menggunakan khidmat peguam untuk menukar status tanah berkenaan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri. Keluasan tanah juga perlu diambilkira dalam menentukan saiz kediaman baru anda. Sebagai contoh, bagi tanah yang mempunyai saiz bukaan kecil iaitu lebar 50 kaki dan panjang 60 kaki. Maka, lebar dan panjang bangunan tersebut adalah 30 kaki X 30 kaki.


2. Cukai Tanah
Pastikan bayar setiap tahun. Ada kes cukai tanah yang tertunggak bertahun-tahun sampai anak dah masuk darjah 1. Kalau pejabat tanah tu jadi macam agensi swasta, alamat tak berhartalah jawabnya.


3. Pelan Lakaran Rumah
Tak payah lukis cun-melecun. Asal nampak susun atur dan saiz ukuran pun jadilah. Lazimnya, arkitek akan kasi beberapa 'sample' sebagai rujukan pelanggan.


4. Keadaan Tanah
Kalau kawasan tu semak samun, owner perlu membersihkan sendiri tanah dengan duit poket sendiri. Kontraktor cuma sediakan rumah sahaja. Kalau tanah tu jenis tanah tambun, perlu nyatakan bila tanah tu ditambun. Biasanya, 5-6 tahun ke atas selepas tambun tak perlu kerja-kerja cerucuk (piling).


5. Persekitaran Kawasan
Perlu nyatakan kemudahan yang terdapat di kawasan tersebut seperti bekalan air dan elektrik, sistem saliran, kedai, masjid dan sebagainya. 


6. Spesifikasi
Tak ramai pelanggan yang bertanya bab ni. Untuk nampak lebih 'pro', soalan mengenai spesifikasi mesti ditanya kepada kontraktor. Ramai di antara pelanggan merungut pasal spesifikasi yang mungkin 'tak padan' dengan bajet mereka. Akibatnya, wujud konflik antara kontraktor dan pelanggan. 


7. Bajet Kewangan
Perlu ambil perhatian bahawa bajet akan menentukan rupa rekabentuk dan spesifikasi rumah anda. Biasanya, arkitek/kontraktor akan membuat anggaran harga berdasarkan keluasan sesebuah rumah. 





Yang ni info tentang rumah cepat siap.. bukan bina rumah tradisional pakai bata & simen tu..ni teknologi pasang siap (IBS). Info kat bawah ni di cilok pinjam dari laman Proprimas


RUMAH PASANG SIAP


Apa itu IBS

Sistem Bangunan Berindustri (IBS) merupakan sistem pembinaan yang menggunakan komponen – komponen prasiap yang disediakan di kilang, boleh diangkat dan dipasang secara berjentera atau manual dengan usaha tambahan buruh yang minima di tapak bina. Tidak dinafikan lagi, IBS mampu untuk menjadikan industri pembinaan negara seiring kearah persaingan globalisasi dengan produktiviti, kualiti dan keselamatan yang lebih baik



Kelebihan Produk IBS
  • Penggunaan Teknologi terbaru tanpa menggunakan paku, pasir, batu, kayu dan bata simen.
  • Menggunakan struktur besi dan kepingan ’cement board’, serta diskrukan di antara kepingan ’cement board’ dan besi struktur.
  • Harga bagi setiap unit hanya RM 78,000 dengan keluasan 823 kaki persegi ( Bergantung pada kedudukan tanah).
  • Sistem ini cepat hanya memakan masa hanya 1 bulan
  • Berkualiti serta cantik dipandang
  • Kukuh serta sejuk untuk didiami.


Sepuluh elemen yang terdapat pada rumah teknologi IBS :-
  • Mengelak daripada pemusnahan anai-anai
  • Kalis Api
  • Kalis Air
  • Kalis Cuaca
  • Mesra Alam
  • Kuat dan Kukuh
  • Mudah untuk pengubahsuaian
  • Kerja-kerja penyelenggaraan mudah
  • IBS lebih pantas dan menjimatkan
  • Menjimatkan tempoh pembinaan


SYarikat Bumiputera dgn teknologi IBS:

PROPRIMAS HOLDINGS SDN BHD
No 2, Tingkat 2, Ruang Niaga Masjid Daerah Sultan Idris II,
Jalan Sekolah, 36000 Teluk Intan
Perak Darul Ridzuan
H/P : 017-943 8546 / 0111-813 0385
Fax : 05-621 5410
Facebook : proprimas perak 


Yang ni contoh pembinaan rumah IBS. Macam sangat like buat rumah macam ni.. mudah dah semat je tengok dlm grafik (klu tengok real mesti kwsan bersepah kan?.. :P )




@weksupermen2015


1 comment:

  1. Dialukan produk binaan IBS bagi merancakkan sektor binaan di Malaysia. Bagi industri ini masa = kos, dan barang binaan berlebihan juga merugikan. Sekurangnya binaan IBS sebegini boleh mengurangkan risiko tersebut -- jika diuruskan dengan rapi.

    ReplyDelete