Sunday 6 September 2015

Masa Yang Sesuai Beli Rumah

Salamz,

Hari ni mood kurang kerja. Alhamdulillah..

Terasa nak update catatan, tapi tentang apa?.
Ikutkan hati tiada cerita untuk coretan.

Terfikir untuk kongsi pengalaman membeli rumah. Walaupun dikedudukan sekarang dah tak layak membeli lagi dan lagi (sebab komitmen dah tinggi), namun aku akan cuba pusing strategi untuk membolehkan aku dapat lagi satu property dalam tahun depan. InsyaAllah.

Sebagai panduan, terutama kepada belia-belia yang muda remaja, yang baru masuk kerja.. adik bradik dan saudara terutamanya. Aku galakkan korang belilah rumah time start kerja. Dengan komitmen yang tak banyak lagi (kecuali yg nak bayar ptptn bagi yang meminjam, itupun sebulan seratus je kot).



Saranan aku, sebelum korang tambah loan/hutang 'tak brapa baik', elok mulakan berhutang baik -beli rumah. 1st step, of course kena simpan duit dulu untuk deposit. Jarang bank nak bagi 100% loan, selalunya 90% untuk rumah pertama. 95% pon dah jarang dapat sekarang (kecuali loan tu rendah sangat, mungkin dapat).

Let say, korang start simpan 300 sebulan untuk deposit (start dapat gaji), dalam 2 tahun dah terkumpul 7200.. so, rasanya dah boleh beli sebuah apartment kos rendah dengan modal sebanyak tu. Kalau nak buat pelaburan, rumah jenis apa pun takde masalah (dengan syarat lokasinya strategik). kalau korang fikir nak cari 'rumah idaman' memang 10 tahun kumpul deposit pon takkan terbeli rumah idaman korang tu. Sebab apa? sebab harga hartanah semakin melambung setiap tahun. Kalau 10 tahun menyimpan korang target dapat 10K untuk deposit, mmg rumah idaman korang pada masa lepas 10 tahun itu dah xjadi idaman dah. Memang kena kumpul lagi 10 tahun depositnya.



Jadi, saranan aku, silalah beli rumah tiap kali duit yang terkumpul dah boleh lepas modal 1 hartanah. Kemudian hartanah tu disewakan pada kadar melebihi jumlah yang dibayar pada bank (loan). Dengan kata lain, penyewa yang tolong bayarkan loan rumah kita, dan income kita akan kembali pada jumlah asal (atau lebih sekiranya sewa lebih tinggi). Next step korang repeat langkah yang sama, 2-3 tahun kumpul balik deposit & beli hartanah kedua dan seterusnya.



Mesti ada yang pening, kalau dah beli satu rumah murah/apartment murah, bila pulak nak dapat beli 'rumah idaman'.. kan dah berserabut otak nak memikirnye tu?. Adik adik kakak kakak abang abang.. jangan le risau, korang beli dulu setakat yang korang lepas bajet. Bila dah ada empat lima biji apartment, lepas 3-5 tahun kalau korang jual semua 5 biji apartment tu (ambil purata sebiji apartment 150K) korang boleh dapat sekurang-kurangnya 750K, dan tolak baki-baki loan bagi setiap apartment tu, paling-paling tidak korang boleh dapat hampir 500K. So dengan 500K InsyaAllah ada peluang untuk beli rumah idaman korang (nak nak kat pencen baru beli rumah idaman tu, kan best pencen dalam rumah idaman serba baru?).


So, let start from now.
Mulakan pencarian rumah kos rendah/apartment untuk pelaburan korang.
1. Mulakan dengan niat agar dipermudahkan urusan kita (niat untuk buat pelaburan)
2. Start kumpul deposit untuk rumah pertama (untuk pelaburan)
3. Letakkan sasaran berapa banyak hartanah yang nak dikumpulkan & tempoh untuk capai sasaran pemilikan hartanah-hartanah tersebut (cadangan aku letak dulu 10-15 tahun untuk dapat 5 biji).
4. Work for it!

*Make sure 5-10 tahun sebelum bersara korang dah boleh survey rumah idaman korang, dan start menjual semua hartanah pelaburan tersebut dalam tempoh 5 tahun terakhir sebelum bersara tersebut.


@weksupermen2015








No comments:

Post a Comment