Wednesday 19 September 2018

Tips Travel Urus Sendiri

Salamz,

Lately ni ramai betul rakyat Mesia yang kaki travel, bukan calang-calang punya travel, semuanya jauh ke oversea. Sama ada memang travel tu dah jadi satu 'keperluan' ataupun sebab sekarang dah ada benda-benda murah yang berkaitan dengan traveling ni (dari tiket, hotel & facilities lain).

Aku ni bukan kaki travel sangat la kan.. tapi setiap tahun kalau boleh aku mmg plan at least 2x dapat gi jalan negara orang (dulu aku target setahun sekali je, tapi sejak ada orang mas yg sponser tiket free setiap tahun, jadi trip oversea aku dah jadi 2x setahun). Rezeki la kan orang kata.

So, hari ni aku nak kongsikan tips macamana nak cut cost bila travel keluar negara.

1. Tengok korang pegi dengan sape. Klu dgn partner je, korang boleh plan independent travel. Kalau travel angkut anak2 ataupun bawak parent ke, better ambik agent. Tak perlu ambik full pakej, ambik ground shj (tiket & hotel korang booking sndiri). Pakej ground ni boleh ambik dari agen di Msia ataupun di negara yang korang nak pegi. Kalau korang nak pegi independent bawak kids/parent, mmg penat. Bukan tak boleh, tp penat la. Lagi satu, ambik pakej ground yang private..bukan join group. Kelebihannya driver nanti boleh ikut time kita. Kalau ambik ground pakej yang berkumpulan, pon boleh letih sebab kita (dan famili) kena ikut masa agen/driver.

2. Benda paling penting utk travel bajet, of course le 'tiket murah'. Nak dapat tiket murah sebenarnya xde la susah, yang penting, korang kena sentiasa alert dengan iklan tambang murah/rajin & pandai cari kat internet/tunggu promosi (macam matta fair tu). 

3. Jangan pilih tarikh yang korang nak, sebaiknya pilih tarikh yang korang dapat tiket murah. Faham ke? Contoh, kalau tiket kapal terbang dan hotel, korang boleh dapat harga murah bila beli 6-12 bulan lebih awal. Lagi murah kalau korang beli yang bukan peak season (bukan cuti am, cuti sklh dll) dan waktu weekdays berbanding weekend. Mcm aku selalu ambik tiket Khamis mlm balik Isnin atau Selasa. So cuti just apply 2 @ 3 hari. Sebabkan ambik tiket awal lbh 6 bulan, korang xpyh le pikir eh..ada meeting x time tu, ada kursus tak..hmm...mmg xpegi le korang klu nak pikir mcm tu. Mcm aku, sebulan awal dah bgtau bos & hantar borang keluar negara. Bagi bos maklum awal2. 


4. Buat bajet awal utk anggaran perbelanjaan keseluruhan trip supaya korang tak over bajet. Yang penting kena tengok niat korang pegi travel tu utk apa? nak 'melihat' tempat orang ke nak 'menyoping' barang oversea? Bagi aku klu travel sbb nak menyoping mmg tak berbaloi (order online je la, buat apa nak susah2 ngangkut bagai..kan?). Selalunya kita pegi travel ni lebih kpd nak melihat tempat orang, so, korang bolehlah buat bajet seminima mungkin supaya boleh pegi 2-3 negara setahun (gituuuuuu).

5. Hadkan beli Survenier. Ini pon penting, selalunya kita g travel dok membilang survier nak bagi kawan lah, mak makcik sedara la, jiran lah.. Kalau nak beli, beli secara berpada, ikut bajet yang korang dah set. Korang rasa agaknya dorang guna tak survenier yang korang bagi tu (kecuali klu korang beli handbag/perfume mahai, mbe kot dorg pakai). Klu setakat beli tshirt (yg mungkin salah saiz), topi, brooch dan cawan/garfu atau keychain tu, macammmm...baik tak payah kot..huhu...kata nak travel bajet kan?. 

6. Bawak stok makanan sendiri utk jimat. Utk yang perut nasik tu, boleh bawak mini rice cooker. Aku selalu memang bawak le beras yang sekilo tu klu travel. Lauknye selalu bawak makanan dalam tin (sardin, kari daging, sambal bilis, ayam masak merah dll) yang ada jual kat supermarket (brand adabi). Nasik goreng/nasik arab frozen jenama Brahims.  Sambal bilis garing Che Nor (mkn ngan telor goreng pon laju). Meggi tak tinggal. Utk minuman, aku bawak 3 in 1 nescafe, uncang teh dan gula paket kecik2 tu. Utk bekas makanan, sudu garfu dan cawan pon aku bawak sendiri. Bekas makanan selalu aku bawak yang microwave heat tu (bekas mknn biasa tu), at least boleh pakai buang klu mls nak bawak balik. Dan lagi satu dia ringan je berbanding ko nak angkut tepaware kan.. klu hilang atau tertinggal tepaware kang nangis pulak. Lagi satu klu malas nak bawak mini rice cooker, aku bawak 'can pot' yang askar pakai tu (yg 4 segi ada tangkai -korng blh cari kat kedai2 outdoor). Pot ni blh guna utk masak nasik, dan yg lain2 tu, tp kna make sure hotel ko ada microwave lah.

Atas Kanan : Bekas mknn microwave heat (utk mkn & tapau)
Tengah: Sardin (kiri) & Sambal Garing Che Nor (kanan)
Bawah: Pot askar serbaguna




Ni aku share sikit perbelanjaan aku masa ke Tokyo bulan lepas. Ini mmg bajet limited betul ni, dah le lepas raya, lepas bayar yuran belajar bagai..kan...

Tiket: RM 320 utk 2 org (FOC tiket, bayar airport tax je) 

Hotel: RM1088 (5 hari 4 malam) -hotel kat jepun mmg saiz kecik2 je. Yang paling popular dan murah yang backpackers tu, bilik air pon kongsi, mmg utk tido semata2. Aku klu travel akan cari bilik hotel/aprtment yang ada dapur/microwave dan bilik air kat dalam. Harga mmg agak mahal sikitlah.. Tapi mcm aku kata awal2 tadi, korang kena booking 4-6 bulan lebih awal, insyaAllah blh dapat yang murah (dan cari yang boleh cancel 2-3 hari sebelum tarikh pegi tu..manalah tahu kan tetiba mmg ada hal yg xdpt dielakkan). Aku selalu guna booking.com sbb mmg ada facilities utk cancel bilik. Agoda ada yang ada ada yang xde. Lagi satu cari yang dekat dengan stesen train lah sbb trip ni mmg nak guna train je sbg pengangkutan utama.

Tiket Train: 5000 yen sorang (Rm184/sorang utk 5 hari). Aku beli Suica card (function mcm touch N go). Boleh guna utk pelbagai jenis public transport (termasuk bas). Tapi kat sana kami naik train je utk bergerak. Train dari dan ke airport pon guna kad ni je (masa pulangkan kad boleh refund 500yen).

Makan: RM300 (sehari sekali je makan luar) pagi bfast kat bilik (nasik goreng frozen/bake bean/mushroom soup). Masak nasik & lauk siap2 utk bekal lunch. Petang/mlm sebelum balik hotel singgah beli mknn utk diner. Rate makan 500-1000 yen satu set (kebab atau set nasik). Dalam RM18-35/set. Bajet mkn sehari dlm RM50. Tp 5 hari kat sana kami belanja x sampai RM300 pon utk mkn, sbb byk mkn mknn sendiri kat hotel je. 

Bekal utk lunch -nasik, telur rebus, sambal garing, rendang daging

Entertainment: RM700 je utk 2 orang.. ambik tiket hop on hop bus, masuk Joypolis, Tokyo Dome (yg berbayar).. yg lain2 naik train singgah tempat2 lawatan yg free je (akihabara, asakusa, tsukiji market, odaiba, shinjuku, ueno park, ameyoko plaza). Disneyland & Disneysea pon sampai depan pagar je..xmasuk dlm (sbb macam xmasuk dengan jiwa je...huhuuhu). Plan asal nak ke Mt.Fuji, nak ambik 1 day trip ke sana dengan bas, tp malangnya tiket dah habis utk sabtu & ahad tu. So, pusing2 tokyo je la.

Entertainment tiket, kunci hotel & Suica Card



Total Belanja : RM (320 + 1088 + 368 + 300 +700) = RM2776

Bawah bajet :)
Kami bajet belanja RM2K sorang, end up hanya habiskan RM1388 je sorang.. huhu..baki boleh carry forward utk next trip.. (wpon sbnrnya dah habiskan masa balik Msia). :p





~@weksupermen2018






Sunday 24 June 2018

Kerja Sekolah: Log Book

Salamz All,


Dah 2 tahun tak mengapdet blog ni, korang rasa aku dah kaya ke belum? haha
Well, secara hakikatnya, Alhamdulillah, aku dah pon kaya (sbb ada segala-galanya yg sepatutnya ada). Tapi klu kaya bab duit..memang belum le..mana nak cekau 1JUTA 😭😭

Hari ni terbuka hati nak update blog ni sebab apa tau? sebab kelas semalam lecturer dah bagi tugasan utk buat buku log aktiviti harian kitorang, bermula semalam sehingga  hari last kitorang iaitu selama 7 minggu...huhuhu...(crying lagi)..

Jadi utk hari pertama penulisan ni kira mcm nak meluahkan 'kesengsaaraan' le sbb aku dah lama tak menulis karangan yang panjang-panjang kat alam maya. Nasib baik blog ni masih ingat password dan ID. Mulanya plan nak karang kat Word biasa je, tp rasa mcm tak best sebab xde kaler kaler, tak meriah. Nak update kat FB mcm belum bersedia nak 'jadi baik sangat' (well, kalau nak cerita xtvt kat lecturer kena cerita yang baik-baik je, yg org lain buat jahat, kita tak...kikikiki)..

Well, untuk pagi ni masih belum ada idea nak karang bab apa, idea belum mari.. Mbe malam karang baru start buat journal kot. Hari ni nak kluar g cari ilham. Cadangnya tadi nak ke Mahkamah Syariah, tgk kes rumahtangga orang. Kat mahkamah ni orang kata blh tengok realiti masalah orang. Ye la, klu kat rumah tu wpon dorang gaduh gaduh, jerit-jerit, pukul-pukul, mungkin pada waktu tu dorang ni terbawak-bawak ikut emosi. Masa kat mahkamah at least dorang boleh behave sikit, tak emo sgt sebaliknya dorang cuba jadi waras, sbb nak fokus pada niat datang ke mahkamah tu sendiri. Well, aku pon baru first time nak masuk mahkamah ni dan nak tgk sendiri apa yang belaku sebenarnya.

Inilah realiti kehidupan. Ujian setiap orang tak sama.

Btw, selama 2 tahun aku tak update blog ni (last tahun 2016), so apa yang jadi pada aku sebenarnya? Well, xde apa2 yang terjadi, aku masih sama je, cumanya ada beberapa perkara best yang aku nak highlight (yg tak best xpayah citer la kan,,nama pon xbest..huhu)


  • Penghujung 2015 aku dapat promotion dah bertukar ke sebuah agensi yang best klu keje situ. Tapi ada juga yang tak best bilamana keje kat situ tak boleh nak leisure-leisure, semua budak opis aku rasa workaholic sangat (pelik je aku rasa sbb aku keje nak enjoy-enjoy je tapi tgk dorg keje bagai nak mati). Seriously, bagi aku tak perlu keje bermati-matian pon, asalkan tersusun keje dah ok. Problem? Demand? Complaint... mmg hari2 ada. Kalau korang ambik pot sgt dngn masalah, mmg jadi masalah.
  • 2016 aku tumpang menstresskan diri, dan mmg tak best langsung keje mati-matian macam dorang ni. Last aku decide aku buat keje enjoy-enjoy balik, tapi aku tengok anak buah aku lagi stress plk sbb dorang dok kumpul masalah dari stakeholders, customer, vendors dan cuba nak selesaikan sendiri. Aku pon xberapa sure apa yang best keje in-sylo ni. Nak jadi pakar atau nak jual diri tu kata dorang blh solve semua isu? Hmm..
  • 2017 aku dapat bos baru. Aku try nak tukar cara keje team aku, tapi tak jalan. Maybe sebab dorang dah lama buat keje tu, dan dorg dah comfort dan rasa dorang dah expert kot.  Jadi pada aku nak ubah cara keje dorang, baik aku ubah je cara keje aku. Lagi senang. Tapi bukan aku ubah utk ikut cara keje dorang..no no.. aku buat keje ikut apa yang mudah untuk aku, dan bleh leaisure-leisure. Aku cuma guide je klu ada yang tak settle. Setiap minggu aku tanya, ok tak ok? ada masalah?. Dorang kan dah terer, klu tanya je mmg jawab xde masalah. Jadi senang keje aku. Yang mana ada masalah je aku entertain dan bantu. Kan mudah?
  • 2017 juga genap aku service 15 tahun. So aku dah plan awal nak break sekejap utk enjoy 15th Anniversary dgn 'Kerajaan lama'. hahah..
  • 2018 -tahun ni, aku ambil cuti tanpa gaji. Nak enjoy sangatkan.. so, alhamdulillah, cuti aku lulus. Cuti aku tak duduk saja la, aku blh buat apa yang aku nak buat. Aku dah list awal-awal tahun ada belas-belas wishlist utk aku fullfill sepanjang cuti ni. Sambung belajar ni antara salah satu wish aku, ya, aku tgh buat diploma skrg ni. Buat diploma je yang mampu dengan keupayaan aku dan poket aku..huhu,..  

So, ok..dari nak try login ID je dan jadi fullstorytelling pulak. Stop sini dulu, nnti aku sambung. Semoga assignment aku siap sempurna. 
Wassalam.



~@weksupermen2018




Sunday 5 June 2016

Merancang Persaraan RM1 Juta

Salamz all,

Bagi setengah setengah orang rm1 juta xde makna sgt pon sebab dorang buat bisnes boleh kumpul juta juta untung. Memang x dinafikan, cuma dari yang ada akaun juta-juta tu aku rasa statistiknya tak sampai pon 5% kaum bumiputera. So aku ucap tahniah utk jutawan-jutawan dlm group 5% tu. Korang mmg patut jd idola utk baki 95% rakyat Mesia (bumiputera) yang lain.


Well, bagi aku rakyat marhain yang keje makan gaji ni, inilah jalan rezeki aku. Aku bersyukur dengan rezeki yang ada dan dengan sikit ilmu yang ada aku pon boleh capai target 'jutawan' dengan gaji bulanan yang aku dapat ni. Antara ruang dan peluang yang aku nampak ada dengan properties investment. Malah banyak lagi lubuk isvensment yang ada, cuma takat akal aku tercapai, aku lebih selesa dengan properties. Itu je.. jd aku stay fokus kat satu lubuk ni je la. 


So, bagaimana pengiraan 'on paper' aku untuk jadi 'jutawan fakir' mencelang persaraan aku nanti?. huhu... Secara kasarnya lebih kurang gini ceritanya:



  • aku set target untuk kumpul property selayak/sebanyak yang mampu. Minggu lepas aku dah survey 1 prop, area cun, harga juga cun. Loan belum tentu cun sebab takat sekarang loan aku dah maksimum dah..huhu. Tapi hasil dari pembacaan dan rujukan dengan sifu sifu properties, ada cara nak lepas. So, Im looking for it now..doakan aku.
  • mesti orang kata kaya beli rumah banyak-banyak ni. sebenarnya ni salah satu cara nak settle hutang cepat sebelum aku bersara (awal). Macamana?. mudah ja, aku beli rumah harga sekian sekian, tahun aku bersara nanti aku boleh jual rumah tu dengan harga dua-tiga kali sekian sekian. Keuntungan sekian-sekian tu boleh buat bayar hutang (seriusly, pelaburan hartanah ni aku nampak yang paling tinggi profit dia -dgn risiko yang rendah). Katakan 1 rumah aku boleh dapat untung 100K lepas aku jual, klu 5 rumah aku dah ada stengah JUTA tau (terus letak juta tu)... hahaha..
  • Yang lelain boleh dapat dari bayaran gratuiti skit plus kalu ada kurang lebih tu dari GCR yang terkumpul

  • Juga dari pelaburan ASB 
  • Koleksi emas sikit (sikit sgt pon lg..baru mula berjinak
  • Forex... baru dok belajar-belajar.
Ini je lubuk yang aku sedang dan baru nak explore. Ada terfikir lubuk bisnes juga tapi buat masa ni tak dapat nak serius pikir dan buat bisnes sebab kerja-kerja hakiki sekarang pon dan menstresskan otak. Nak pikir bisnes lagi dah tak cukup otak.. :P

Jadi, doakan aku cepat jadi kaya & bersara awal... 
jom sama-sama #ResignYoung&GoTravelling..
yihuuuuuu!!...




@wekseupermen2016



Friday 12 February 2016

Nota Kewangan: Cara Semak Rekod CCRIS

Salamz all,

Kongsi sikit nota utk rujukan klasik di masa depan (jika berkaitan kelak)..huhu...

Cara 1 : 
Dapatkan terus di Bank Negara: cari kiosk untuk print CCRIS, masukkan IC dan scan thumbprint anda. CCRIS report anda akan diprint sejurus selepas itu.. 

Cara 2 : 
Bagi yang tinggal jauh dari KL: request BNM untuk emailkan CCRIS kepada anda. Ia mungkin mengambil masa sedikit. Caranya : 

a. Type BNM CCRIS [Email address anda] dan SMS ke 15888.
b. Check email inbox/spam anda.
c. Print dan emailkan kembali form yang dilampirkan.



@aweksupermen16

Friday 16 October 2015

Persediaan Kewangan Sebelum Berhajat Memiliki Rumah 'Idaman'

Salamz All,


Rata-rata kita nampak perlu sediakan deposit 10% tu je sekiranya nak membeli rumah. Sebenarnya TIDAK. Ada lagi kos kos lain yang tidak di highlight (terutamanya oleh agen). Agen selalu bagitau 3 + 7 % je untuk deposit, lelainnya loan akan settle. Teori ni sebenarnya kurang tepat / tak betul.


So, sila consider untuk standby extra ringgit bagi pembiayaan berikut juga:
1. Duti Setem (selalunya akan diinclude dlm cas lawyer)
2. Perjanjian Jual Beli (yg ni pon di caj oleh lawyer)
3. Kos Guaman (termasuk dalam bil bersekali caj no.1 & 2 di atas)
4. Yuran pemindahan hak milik (lawyer akan uruskan dengan pejabat tnh, majlis daerah dsbnya)
5. Yuran pemprosesan pinjaman bank (caj oleh bank sbb nak pinjam duit dorang)


Jadi, kalau berangan nak angkat rumah (esp.sub-sale), sila sediakan cash sekurang-kurangnya 20% dari harga rumah (sebab tu banyak rumah mampu tengok je sekarang sebab buyer x mampu nak sediakan 20% tu.. bukannya sedikit!..huh) tapi hairan bin ajaib bila bakal buyer tu boleh pulak pakai honda sivic / vios harganya kat 80K. Mampu milik le pulak.




@weksupermen2015


Sunday 13 September 2015

Rumah Subsale -Persediaan Untuk Beli Rumah 'Atas Orang'

Salamz all,

Sikit nota untuk rujukan yang 1st timer beli rumah 'atas orang'.

Rumah atas orang ni kira rumah 'second hand' yang owner asal nak jual kepada kita. Ada advantage beli rumah atas orang ni berbanding beli rumah baru dari pemaju, antaranya:

  1. Kita boleh masuk rumah dan check keadaan rumah. Kalau puas hati dengan keadaan rumah baru letak buking. Berbanding rumah baru, kita cuma tgk 'design' rumah atas kertas, layout/susun atur perabot semua secara lukisan je. Walhal realitinya, tapak rumah je baru ada. Peratus projek terbengkalai mungkin ada (bergantung kepada kekuatan/reputasi pemaju)
  2. Rumah atas orang ni kalau kita pandai 'kecek' tuan rumah, harga boleh nego lagi, silap-silap boleh dapat bawah harga pasaran. Berbanding rumah baru, harga is tetap (wpon pemaju akan mention pelbagai diskaun dan FREE FREE thing yang include dalam pakej). 
  3. Kita boleh check persekitaran kawasan rumah, siapa jiran kita, taska kat lorong mana, guard dekat tak dengan rumah kita, belakang dapur ada kawasan apa, berbanding rumah baru, kita cuma boleh pilih lot di atas kertas je.
So, tak salah kalau beli rumah 'second hand' kalau ianya berbaloi-baloi, terutama untuk projek investment. Kena rumah di kawasan hot, pasti boleh dapat positif cash-flow (untung free free je). Meh tengok apa persediaan yang perlu kita buat sebelum confirm nak ambik rumah subsale:

  1. Semak kelayakan kewangan kita dengan bank, berapa tinggi loan yang kita layak. Ini perlu untuk memudahkan kita membuat kira-kira berapa harga market rumah yang kita boleh cari dan persediaan untuk kumpul deposit. Selalunya perlu sediakan deposit 10% dari harga rumah, dan jangan lupa legal fee kepada peguam (yang ni tak termasuk persediaan 10% deposit tu, so perlu ada duit extra untuk bayar cas peguam). 
  2. Bila dah cukup deposit, mulakan proses mencari rumah. Ambil masa untuk survey rumah yang 'paling win' untuk kita invest (survey lima nam buah rumah, baru decide nak ambil yang mana). Sudah tentu lokasi memainkan peranan supaya kita boleh invest dengan positif cashflow in return.
  3. Bila dah confirm dengan pilihan rumah, bayar deposit (2-3% dari harga rumah) dan dapatkan resit/LOA & SnP rumah untuk proceed loan di bank. (kalau beli melalui ejen, sesetengah ejen akan buat 'letter of agreement' antara pihak penjual dan pembeli, klu xde resit pembayaran deposit memadai). 
  4. Cari peguam untuk uruskan urusniaga tersebut (jangan bimbang, semua urusan berkaitan jual-beli ni peguam akan buat, bermula dari penyediaan SnP hingga tukar nama dan dapat kunci rumah) -kekadang ejen akan propose peguam yang dia dah biasa berurusan. Kalau boleh cari peguam yang dekat dengan tempat kita, nanti senang nak berurusan, sain agreement, dll. 
  5. Lepas SnP siap, bayar baki deposit (dari 10% tadi). Yang ni kalau pandai 'kecek' tuan rumah boleh je minta tuan rumah tunggu bayar masa full loan nanti. Itu kalau ada ilmu 'memujuk' le. :p
  6. Urusan kita selesai setakat ni, cuma nak tunggu bank buat keje dia dan peguam juga buat keje dia. Keje kita kena selalu selalulah follow up dengan bank dan peguam. Rata-rata untuk proses kelulusan bank dan siap agreement dari peguam mengambil masa antara 4-6 bulan. Tp jangan le tiap-tiap minggu dok call lawyer, estimate dalam bulan kedua atau ke tiga baru call utk tanya khabar. :)
  7. Lepas urusan bank selesai (loan release), peguam akan urus dengan bank untuk settlekan bayaran bayaran yang berkaitan (bil2 dan baki harga jualan rumah. selebihnya masuk ke akaun pembeli -jika ada baki le). 
  8. Peguam akan panggil kita untuk serah dokumen SnP baru dan kunci. Rumah tersebut dah SAH jadi milik kita. yeyyyyy!!..

Selamat menyimpan dan mencari rumah sub-sale. 


@weksupermen2015


Friday 11 September 2015

Mengukur Baju di Badan Sendiri..

Salamz all,

Kalau ada yang penah baca laporan @ berita @ surat khabar baru baru ni mungkin akan tau yang ekonomi negara pada tahun ni agak tak stabil. Kalau orang ekonomi dah pecah pala dah dok pikir gena nak atur strategi nak mengimbangi ekonomi ni.. depa jaga negara kot... klu punah plan diorg, takut lingkup le ekonomi negara.

So secara logiknya, kalau ekonomi mesia tak stabil, korang agak ekonomi korang cemana?.. sebenarnya ada hubung kait, cuma kita tak nmpk secara kasar, yang paling mudah kita dok nampak, harga barang dah naik, harga minyak ada turun ada naik. Ini belum masuk GST lagi.. aku rasa pasti ada yang NAIK darah dan angin. So, pada dok salahkan kerajaan (yang bg hampa depa ni umpama mak hampa yang reja dia kena suap hampa makan), aku rasa lebih baik hampa redho ja klu ekonomi merudum, barang naik minyak naik. hahahaa... sentap!!...

Apa-apa pon aku tak ambik pusing bab urusan orang lain sebab bagi aku, kalau aku nak survive, tak kira di manapon aku berada, aku kena usaha dengan keringat aku sendiri. Memang aku kerja makan gaji. Orang kata agak selesa sebab wlau apapon yang berlaku, tiap2 bulan gaji masuk je. Tapi cukup ke dengan gaji aku tu untuk survive dengan situasi sekarang, pada masa depan?.



Sebab tu aku selalu ukur baju di badan sendiri. Benda ni sebenarnya mudah je kalau nak implement. Dulu masa aku 1st masuk kerja, 2 tahun pertama tu macam macam aku pikir nak beli itu beli ini. Nak tukar moto ambik kereta, nak beli baju kat mall instead of pasar malam or maidin, nak makan kat restoren nama omputih instead of makan kat warung mak jah. Tapi nasib aku agak baik sbb sel sel otak aku berhubung lebih awal wpon tak minum enfagrow. Walaupun aku tak makan kat restoren mahal, aku masih kenyang, walaupun aku tak pakai baju dari butik, aku tidaklah bertelanjang.

Dari aku berbebelization sensorang, baik aku tulis satu dua tip sebagai panduan bagi yang nak start menyimpan tahun ni, ye dok? :-D

Ok, kat sini aku jotdown beberapa tip yang aku buat / amal sampai aku boleh di kira x kering bila hujung bulan, boleh gi jenjalan setahun 4-5 kali, dan aku ada simpanan menjelang tahun baru (dlm bentuk ca$$$$h). Tips dari aku untuk korang:
  1. Berbelanja di bawah kemampuan
  2. Simpan dulu baru belanja
  3. Tulis semua perbelanjaan dalam buku bajet
  4. Beli barang secara borong untuk jimat
  5. Membeli barang ikut keperluan bukan kehendak
  6. Beli barang paling murah / kat tempat yang murah
  7. Kawal berat badan (makna kata mkn ala kadar je)
  8. Jangan berhutang jika tak perlu
  9. Invest 
  10. Bersyukur dengan rezeki yang dapat

Simpan sikit-sikit lambatnya nak jadi bukit :p

Sekali setahun borong baju & tudung pejabat

Rekod inventori perbelanjaan tiap2 bulan

In-house restorant

Ruang simpanan


@weksupermen2015