Tuesday 30 December 2014

Agenda Dua Ribu Limablas



TERIMA KASIH ALLAH
Kau beri apa yang aku perlu, lebih dari yang di minta
Kau beri aku sedikit sakit tetapi lebih banyak sihat
Kau beri aku sedikit kaya tetapi lebih banyak senang
Kau beri aku sedikit ujian tetapi lebih banyak kesenangan
Kau beri aku sedikit sahabat, tetapi lebih banyak saudara
Kau beri aku segala apa yang aku ada dari segala apa yang aku mahu
TERIMA KASIH ALLAH


" Inna solatiwanusuki, wamahyaya, wamamati, Lillahirabbil 'alamin " (alAn'aam (6):162)

Agenda.Dua.Ribu.Limablas

AGENDA DUA 
Aku berazam untuk tingkatkan taraf diri aku dalam DUA bidang ilmu. Ilmu duniawi dan ukhrawi. Bagi ilmu duniawi (yang tak habis2), aku nak tingkatkan kekayaan aku ke tahap bebas hutang (masih dok belajar cemana nak jadi kaya nih). Ni memang aku dah start plan 2, 3 tahun lepas. Dengan Izin Allah, semoga usaha aku boleh tercapai sebelum aku bersara pada usia 40. Kalau tak sampai target kena extend pencen 45. Tak cuba tak jadi. Dah usaha baru tau. Nak seribu daya. Aku nak try cuba. 

Dari apa yang aku study, ada beberapa plan untuk gandakan kekayaan. Selain dari simpanan, perlu tambah pelaburan. Yang ni aku akan cuba ulas detail nanti (yang entah bila). Doakan semoga aku rajin nak share bab ni. Ada juga azam aku nak share prinsip urus duit ni dengan adik bradik aku. Cuma rajin ngan tak rajin + sempat ngan tak sempat je ni (al-maklonglah! maklong jugak yang salah).. huh!..

Untuk ilmu ukhrawi ni, aku target nak khatam tafsir, dari juzuk satu sampai habis tahun (tak tau sampai juzuk brapa..tapi aku target nak baca dari Fatihah hingga AnNas la). Yang ni boleh buat pelan pelan kat rumah / opis. Kalau pepagi sebelum PC loading tu boleh jugak baca tafsir sehelai dua ye dok?

Aku jugak plan nak join kelas tajwid kat sejid putra tu. Dah azam 2,3 tahun lepas lagi. Tapi tak tersampai. Banyak nau rintangannya (padahal rintangan satu kat hati ja..nak @ taknak!).. sighhhh!...


AGENDA RIBU
Hah!.. sentap la kan kalau azam nak target simpanan ribu ribu by hujung tahun depan. Ok fine..better letak target.. hmmm... ok..by Januari 2016 aku nak ada cash dalam sepuluh ribu. ok tak.. erkk.. macam sikit sangat.. aku up jadi dua puluh ribu cash. so, aku nak try simpan sampai dapat. Nanti januari 2016 aku print baki buku akaun aku... hahahaha... (baru tercabar sikit).


AGENDA LIMABLAS
Last but not least, lagi limablas agenda 2015 aku adalah:
  1. jadi insan yang terbaik pada agama aku, persekitaran aku dan masyarakat sekeliling aku
  2. jadi anak yang terbaik pada mak dan arwah abah aku, isteri yang terbaik pada suami aku, adik dan kakak yang terbaik pada kakak dan adik aku
  3. insyaAllah, moga dapat buat umrah dengan famili aku
  4. perbanyakkan amal jariah aku
  5. dah lama aku tak join program volunteer, start tahun depan aku harap ada masa aku untuk program program amal ni
  6. study lagi ilmu ilmu duniawi dan ukhrawi 
  7. aku macam ada plan nak buat bisnes pulak. mungkin bekal untuk aku bersara awal. so nak kena study bisnes apa yang aku boleh sangkut (dah ada 2-3 bisnes plan ni, tahun depan nak kena mantapkan ilmu je lagi)
  8. nak buat reunion budak2 old sekul. 
  9. nak anjurkan contest famili lagi sekali. dulu dah buat weightloss challenge. dok pikir nak buat contest baru ke nak buat season 2 weightloss challenge. nanti aku buat rapat umum..huhu
  10. kat opis ni aku pon xtau apa agenda aku untuk tahun depan, yang dok nampak aku nak pencen by 40. jadi keje aku dah less priority sekarang. moga aku dapat hidayah untuk jadi pekeje cemerlang sampai aku pencen. 
  11. dah tentu aku nak tambah beli lagi satu property. kalau ada sen sen lebih aku nak beli tanah jugak
  12. oh lupa plan bisnes petani moden ngan adik badik aku ni. niat aku nak buka ladang kelapa/nyiok (sound mcm ayat buku sangat) ok..plan aku nak tanam pokok nyiok ja kat tanah pusaka kat kampung aku tu, kengdian supply nyok kat kedai santan. doakan kami!
  13. teringin nak belajar forex. tapi nak kena study dulu hukum hakamnya. ramai yang kaya dengan forex (yang lingkup pon ramai :P) klu boleh kaya ngan forex ni boleh byr hutang hutang bank pastu blh hidup bebas hutang..kan??
  14. nak update blog bila rajin... 
  15. last but not least, agenda rombongan cik kiah ke manalah pulak. dari perbincangan rambang antara port landing 2015 adalah:

    • Rafting kat mana mana sungai (aku dah pilih kampar sbb dekat)
    • Islanding (baca ai-lending) kat tioman
    • singapore aku datang (tour asean punya agenda)
    • brunei (untuk yang terpilih saja... hahaha..esp.yang xdak luggage..cut kos)
    • Langkawi adalah port re-trip.. tahun lepas macam tak pi.. tahun2 sebelum ni dah mcm wajib je langkawi tu :P
    • mana lagi ye port kat mesia yang xpnh sampai?.. nanti kena gugel lg
    • itu je.. jgn banyak banyak port..nanti kos meningkat. lagipon tahun depan kan dah diistihar tahun menyimpan :P





@weksupermen31dis2104


No comments:

Post a Comment