Monday 8 December 2014

Nota Untuk Aku

Salam to all,

Dah lama tak masuk blog sebab MALAS ya amat!. Password LUPA satu hal, nak recover password, emel yang digunakan pon dah  LUPA. pangsan ganda23!. malas + lupa + lupa = sungguh tragis!..

Memandangkan hari ni nampak sangat macam takde keje, plus fb pon xde update terkini, wassaps pon belum rancak, telegram je dok masuk mesej merapu... so biarlah aku layan blog brabuk ni pulak.
Bukan apa, terlintas nak masuk blog ni sebab nak catatkan Nota Untuk Aku. Kurang kurang nanti aku pencen ada rekod apa aku buat untuk bangsa agama dan negara... (wah!..sangat poyo punya ayat!)..

Hari ini punya update:

1. Hari ni di bulan Disember 2014, makna kata dah lebih 1 tahun aku tak update. Jadi nota jugak untuk aku supaya tahun depan aku update bulan disember lagi.

2. Masuk bulan ni dah lebih setahun aku keje di tempat baru (rujuk entry sebelum ni) rupanya last update blog ni masa aku mula masuk kat opis baru ni. Nampak sgt kededikasian aku di opis baru. Nota untuk aku: aku prefer environmnet opis lama lagi.

3. Masuk bulan ni jugak aku dah pindah dok kuarters dekat setahun lebih la jugak sebab sebulan lepas aku masuk opis baru, aku apply dan dapat kuarters.

4. Masuk bulan ni jugak aku dah setahun lebih hidup berdua di kuarters dari bersorang di rumah sewa sebelum ni. Belum bertiga berempat dan berlima.


Tahun 2014 punya update:


Memandangkan sepanjang 2014 aku tak update sikit habuk, aku buat rumusan je sepanjang 4 ela kain untuk rujukan aku masa pencen nanti.


Azam
Kalau ikut nota aku tahun lepas, azam aku banyak port jalan yang aku list kat situ yang hampir separuhnya dah capai target. So perlukah aku remain baki yang belum je atau tambah list lagi.. hahahaa.... so jom tengok list travelog aku seperti di bawah;


Trip Adik Bradik
Sepanjang 2013 dan 2014 aku sempat berjoli kodok ke pat lima sepuluh lokasi je, antaranya:

  • BerATV di Kalumpang  -Sep13
  • Meronda di Langkawi (bedua je lyn tiket flight free :p) - Okt13
  • Melangkau sempadan di Vietnam (yg ni p ngan mak aku je: melepas hajat) -Nov13
  • Menjanda Baik di Genting juga - Nov13
  • Berlumut di Pangkor - Dis13
  • Menyalang di Sarawak (apply kursus dpt jalan berdua :P) -Feb14
  • MemPD lajak ke Melaka -Mac14
  • MemBALI berdua atas tiket free lagi :p -Apr14
  • Konvoi Krabi, Siam -Mei14
  • MemBandung lagi sekali -Ogos14
  • Rombongan CikKiah ke Felda Maokil -Okt14
  • Penutup di Incheon dengan tiket free hokey -Dis14

Chennel Baru
Bukan beli handbang baru..chennel tu merujuk kepada sumber baru. Disebabkan limit loan dah tercapai, maka tahun ni memang x boleh nak menambah 'hutang baik' lagi. Disebabkan itu tergatal lak tangan dok merayau rayau tengok apa lagi yang orang lain dah buat yang aku belum buat untuk depa jadi kaya dan aku boleh jana sen masuk tabung kebajikan peronda aku tu. 

Tup tup terjumpa lak satu sumber yang macam best jugak yang diperkenalkan oleh adik aku -berjual beli emas. Sebelum ni aku cuma bukak buku dan beli emas je. Tapi adik aku dah perkenalkan urusan jual-beli pulak maka aku pon menjoinkan diri. So far so good, wpon main dalam value yang kecik je, dapat income 2k sebulan (melalui 3 program yang aku join) kira lepas la untuk support next trip... huhuhu

Sumber Tabung Yang Lain
Dan lagi satu sumber yang aku baru start bulan 8 hari tu, aku convert rumah yang aku duduk sebelum aku apply kuarters tu jadi homestay. Dengan konfiden mengecat menghias menambah barang untuk convert ke homestay..last last jadi juga dan boleh add on kepada tabung kebajikan peronda cikkiah dan rombongannya. Alhamdulillah..taun depan punya trip dah masuk kalenda... huhuhuu...


Blanja post skit *wink*

Felda Maokil-PD

Bandung

ATV Kalumpang

AO-Nang Krabi

Pangkor

Ho Chi Minh





No comments:

Post a Comment